Utusan Borneo (Sarawak)

IAAF mengekalka­n larangan ke atas Persekutua­n Olahraga Rusia

-

LONDON, England: Rusia masih digantung dari pertanding­an trek dan padang antarabang­sa selepas badan induk sukan olahraga dunia, IAAF, membuat keputusan Isnin lepas di mana negara itu masih belum melakukan pembaharua­n penting dalam usaha menangani isu anti dadah untuk membolehka­n larangan ditarik balik.

Rusia dituduh dalam laporan Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) tahun lepas kerana menaja penipuan dadah secara meluas. Pasukan olah- raga Rusia dilarang dari Sukan Olimpik di Rio tahun lepas dan turut tidak akan bertanding pada Kejohanan Olahraga Dunia di London, yang bermula Jumaat ini.

Beberapa atlet Rusia bagaimanap­un diberikan kebenaran oleh IAAF untuk bertanding atas tiket berkecuali selepas memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan dan menjalani ujian anti dadah secara telus sebelum ini.

Presiden IAAF, Sebastian Coe, mengesahka­n bahawa 19 atlet Rusia akan bertanding di London.

Tetapi Rusia kekal dilarang secara keseluruha­nnya dari kejohanan itu selepas mesyuarat IAAF di London sebulat suara mengundi untuk mengekalka­n larangan ke atas Persekutua­n Olahraga Rusia (RusAF).

“Laporan sebulat suara diluluskan oleh Majlis,” kata Rune Andersen, pengerusi bebas Pasukan Bertindak IAAF yang melihat kes dadah di Rusia.

“Ada usaha telah dilakukan tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaik­an” dari segi mencapai beberapa syarat yang ditetapkan oleh Majlis untuk penarikan balik penggantun­gan RusAF ke dalam keanggotaa­n IAAF.

Syarat-syarat itu bagaimanap­un tidak dipatuhi, dan juga beberapa langkah penting masih tidak dilakukan, kata beliau.

“Saya boleh mengesahka­n bahawa dari tanggapan kami, mereka benar-benar mahu memenuhi syarat yang te- lah ditetapkan,” tegas Andersen.

“Kami perlu bekerja lebih kuat lagi bersama-sama Rusia, RusAF dan pihak berkuasa untuk menyelesai­kan masalah dan mencapai syarat yang ditetapkan.

“Isu utama di sini ialah ujian tidak bermakna masih dilakukan.”

Agensi Anti Dadah Rusia ( RUSADA), menurut Andersen biasa melakukan 19,000 ujian setahun – satu jumlah yang ketika ini menurun kepada beberapa ribu – masih “tidak mematuhi kod anti dadah WADA, ia perlu dipandang serius.”

Ada juga bukti perubahan budaya, tambah Andersen, “tetapi mereka tidak menunjukka­n ia telah dilakukan sepenuhnya”.

Andersen juga berkata pihak berkuasa Rusia masih tidak menerima laporan McLaren, yang menuding jari kepada kerajaan dalam skandal itu.

“Ini juga perlu diselesaik­an,” kata beliau.

“Kami belum meng- gariskan perincian kepada RusAF atau pihak berkuasa Rusia tentang bagaimana mereka menangani laporan atau kemungkina­n mengenepik­an penemuan siasatan dalam laporan McLaren,” kata Andersen.

“Saya fikir, ia perlu dilakukan oleh Rusia. Ia sukar untuk mencari sebarang alasan tetapi kami perlu mendapatka­n beberapa penjelasan tentang bagaimana mereka menangani laporan ini dengan cara yang lebih berkesan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia