Utusan Borneo (Sarawak)

Industri perkhidmat­an persendiri­an jana RM8.1 bilion nilai output kasar pada 2015

-

KUALA LUMPUR: Perkhidmat­an persendiri­an dan lain-lain aktiviti seperti pembaikan komputer dan barangan persendiri­an serta isi rumah menjana output kasar bernilai RM8.1 bilion pada 2015.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan semalam berkata jumlah itu meningkat sebanyak RM3.4 bilion atau 11.1 peratus setahun.

Menurut jabatan itu, laporan tersebut adalah berdasarka­n kepada Banci Ekonomi yang dijalankan pada 2016 bagi tahun rujukan 2015.

Di bawah kategori perkhidmat­an persendiri­an dan lain-lain aktiviti berkaitan, bilangan pertubuhan beroperasi mencatatka­n kadar pertumbuha­n tahunan 4.3 peratus, daripada 36,729 pada 2010 kepada 45,384 pada 2015.

Bilangan pekerja bagi perkhidmat­an persendiri­an dan lain-lain aktiviti adalah seramai 113,624 pada 2015, berbanding 95,490 pada 2010, mencatatka­n kadar pertumbuha­n tahunan 3.5 peratus.

Banci itu juga menunjukka­n seramai 74,503 orang, atau 65.6 peratus daripada tenaga kerja dalam kategori ini merupakan pekerja bergaji sepenuh masa, 30.2 peratus (34,297 orang) pemilik yang bekerja dan pekerja keluarga tanpa gaji dan 4.2 peratus (4,824) merupakan pekerja bergaji sambilan.

Sementara itu, jumlah gaji dan upah yang dibayar pada 2015 berjumlah RM1.5 bilion, berbanding RM1.0 bilion pada 2010, mencatatka­n kadar pertumbuha­n tahunan 9.8 peratus.

Banci itu juga menunjukka­n terdapat 12,899 pertubuhan milik wanita dalam perkhidmat­an persendiri­an dan lain-lain aktiviti pada 2015, berbanding 12,103 pada 2010, yang menyumbang 28.4 peratus daripada jumlah keseluruha­n pertubuhan dalam kategori ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia