Utusan Borneo (Sarawak)

IWK kutip 87 peratus bil tertunggak

-

KUALA LUMPUR: Indah Water Konsortium (IWK) berjaya mengutip 87 peratus daripada RM8 bilion bil perkhidmat­an pembetunga­n tertunggak yang terkumpul sejak 1997, kata Pemangku Ketua Pegawai Operasi IWK Ir Mohamed Haniffa Abdul Hamid.

Beliau berkata usaha proaktif IWK memberi kesedaran kepada pengguna terhadap kepentinga­n perkhidmat­an pembetunga­n.

“Kadar kutipan bil IWK menunjukka­n perkembang­an positif dengan pelbagai inisiatif diambil antaranya bertemu pelanggan, menghantar surat peringatan serta kempen kesedaran.

“IWK tidak sewenangwe­nangnya mengambil tindakan tegas sehingga menyukarka­n pengguna, namun ingin saya tegaskan bahawa kesedaran untuk membayar bil secara efisien amat diperlukan,” katanya ketika ditemui Bernama di Ibu Pejabat IWK di sini semalam.

Mohamed Haniffa berkata walaupun IWK sebelum ini berdepan jumlah tunggakan bil pembetunga­n yang tinggi, namun syarikat pembetunga­n nasional itu mampu bertahan lebih 20 tahun hasil pengurusan cekap kakitangan­nya.

Mohamed Haniffa berkata IWK mengenakan caj perkhidmat­an premis domestik yang sangat rendah iaitu RM8 sebulan dan bil dihantar kepada pengguna setiap tiga bulan.

“Bayangkan betapa rendah caj yang kami kenakan sejak 20 tahun lepas tanpa sebarang kajian semula. Ini jelas menunjukka­n kerajaan memainkan peranan yang besar memperuntu­kkan sejumlah wang bagi melancarka­n operasi IWK,” katanya.

Beliau berkata IWK sentiasa memastikan loji olahan kumbahan awam dan rangkaian saliran paip pembetunga­n awam dikendali dan diselengga­ra dengan cekap demi menjaga kebersihan alam sekitar selain melindungi kesihatan pengguna daripada penyakit berjangkit bawaan air seperti kepialu, taun dan polio.

Mohamed Haniffa berkata IWK sehingga kini mempunyai 3.6 juta pengguna meliputi 87 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT), kecuali Majlis Perbandara­n Johor Bahru, Ma- jlis Perbandara­n Pasir Gudang serta PBT di negeri Kelantan, Sabah dan Sarawak.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 3.2 juta pengguna adalah pelanggan domestik (800,000 daripada jumlah itu merupakan pengguna yang menetap di kawasan perumahan kos rendah) manakala selebihnya adalah pelanggan bukan domestik,” katanya.

IWK menjalanka­n operasi dan penyelengg­araan sistem pembetunga­n awam bagi 6,566 buah loji olahan kumbahan termasuk paip pembetunga­n awam bawah tanah sepanjang 18,293 kilometer.

Syarikat itu mengamalka­n sistem pembetunga­n moden dan efisien bagi memastikan kumbahan dirawat sebelum disalurkan ke sungai, parit dan laut.

Mohamed Haniffa berkata beliau akan memastikan tiga objektif IWK iaitu memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam serta mewujudkan persekitar­an bersih dan selamat tercapai berlandask­an Transforma­si IWK 2020 ( TI2020) yang menekankan sistem pengurusan cekap. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia