Utusan Borneo (Sarawak)

HILANG SELEPAS PERGI MEMANCING

-

SERIAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang semalam selepas keluar memancing berdekatan sebuah ladang sawit di Jalan Gedong, di sini sejak pagi kelmarin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa berusia 62 tahun dan berasal dari Kampung Semukoi di sini memaklumka­n kepada keluargany­a hendak pergi memancing pada pagi Selasa lepas.

Bagaimanap­un, mangsa tidak pulang dan gagal dihubungi selepas itu menyebabka­n keluargany­a membuat laporan polis semalam.

“Bomba menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.40 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian tiba di lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12 tengah hari.

“Maklumat awal juga mengatakan penduduk kampung melakukan pencarian di sekitar tempat mangsa dipercayai memancing dan hanya menjumpai motosikaln­ya,” katanya.

Seramai lima anggota termasuk dari unit EMRS BBP Serian dikerahkan ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 35 kilometer menggunaka­n jalan ladang dari BBP Serian untuk operasi SAR tersebut semalam.

Sehingga berita ini ditulis, difahamkan operasi SAR mangsa masih dijalankan dengan turut dibantu oleh anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), penduduk kampung serta ahli keluarga mangsa.

“Pencarian dilakukan di sekitar lokasi motosikal mangsa dijumpai dan menyusuri tebing tempat mangsa memancing dalam radius pencarian sekitar satu kilometer,” katanya menambah, operasi SAR dijangka ditangguh pada jam 6 petang dan akan disambung semula hari ini.

 ??  ?? CARI: Anggota penyelamat mencari mangsa di sungai di mana mangsa dilaporkan memancing.
CARI: Anggota penyelamat mencari mangsa di sungai di mana mangsa dilaporkan memancing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia