Utusan Borneo (Sarawak)

32 REGU REBUT PIALA KM DI MIRI

Lima pasukan antarabang­sa antara berentap memburu kejuaraan takraw pada 3-6 Ogos

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Menteri Sarawak 2017, Jemputan Antarabang­sa yang akan berlangsun­g dari 3 hingga 6 Ogos di Stadium Bandaraya Miri bakal menyaksika­n 32 regu termasuk lima pasukan antarabang­sa berentap memburu kejuaraan.

Paling mencuri tumpuan penyertaan jaguh dunia, Thailand yang menyenarai­kan tiga regu termasuk pasukan dari India, Jepun, Brunei Darussalam dan Indonesia.

Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) Datuk Abang Ismail Abang Saufi berkata penyertaan turut datang dari beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Sabah, kelabkelab sepak takraw di Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

Menurutnya, pasukan kebangsaan negara turut menghantar dua regu sebagai pendedahan terakhir sebelum mengharung­i kempen Sukan SEA 2017 yang akan bermula pertengaha­n Ogos ini.

“Kebanyakan pasukan termasuk dari luar negara telah tiba semalam (kelmarin) dan bersedia untuk bertarung bagi memburu kejuaraan.

“Kita menjangkak­an perlawanan yang sengit ditampilka­n oleh kesemua peserta yang mengambil bahagian,” ujar Abang Ismail semalam.

Sehubungan itu, beliau menyeru warga Miri turun beramai-ramai menyaksika­n kehandalan pasukan sepak takraw dunia berentap selama empat hari di Stadium Bandaraya Miri.

Selain piala pusingan, juara akan menggondol hadiah lumayan berjumlah RM15,000 berserta piala iringan dan medal.

Tempat kedua akan menerima RM10,000, piala iringan dan medal.

Pemenang tempat ketiga bersama akan membawa pulang RM5,000, piala iringan dan medal setiap pasukan dan empat pasukan yang tewas peringkat suku akhir masingmasi­ng menerima RM1,000.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka merasmikan majlis penutupan.

Kebanyakan pasukan termasuk dari luar negara telah tiba semalam (kelmarin) dan bersedia untuk bertarung bagi memburu kejuaraan. Kita menjangkak­an perlawanan yang sengit ditampilka­n oleh kesemua peserta yang mengambil bahagian. Datuk Abang Ismail Abang Saufi Timbalan Presiden PSS

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SELAMAT DATANG: Pasukan sepak takraw dari Jepun (baju biru) disambut kakitangan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) sebaik tiba di Miri.
SELAMAT DATANG: Pasukan sepak takraw dari Jepun (baju biru) disambut kakitangan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) sebaik tiba di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia