Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja bawah umur terlibat dadah merisaukan

33 pelajar, penganggur ditahan di Daerah Kuching kerana kesalahan dadah bagi tempoh Januari-Jun

-

KUCHING: Seramai 33 remaja bawah umur terdiri daripada pelajar sekolah dan penganggur ditahan kerana terlibat dalam penyalahgu­naan dadah bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, turut direkodkan dalam tempoh sama ialah 13 pelajar - termasuk pelajar institusi pengajian tinggi - yang rata-rata keputusan ujian air kencing dijalankan ke atas mereka menunjukka­n positif dadah jenis syabu.

“Inilah yang merisaukan kita. Kita seru masyarakat untuk sama-sama memerangi najis dadah dari menular di Daerah Kuching,” katanya pada Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah

Inilah yang merisaukan kita. Kita seru masyarakat untuk sama-sama memerangi najis dadah dari menular di Daerah Kuching. ACP Abang Ahmad Abang Julai Ketua Polis Daerah

Kuching di sini, semalam.

Abang Ahmad berkata, pelajar-pelajar sekolah yang didapati menyalahgu­nakan dadah dihantar ke pusat pemulihan bawah umur.

Bagi kes lebih serius, katanya, remaja berkenaan akan dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Henry Gurney.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya mengambil tindakan dengan menjalin kerjasama dengan pihak sekolah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam program-program pencegahan dadah.

Secara keseluruha­n, katanya, polis Kuching merekodkan sejumlah 677 kes dengan sebanyak 847 tangkapan dadah di mana kes tertinggi melibatkan penyalahgu­naan dadah yang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dadah jenis syabu yang paling banyak dirampas iaitu sebanyak 5,660 gram dengan nilai pasaran RM1,01897.20 diikuti ganja seberat 928.48 gram, dengan nilai pasaran RM18,596.60,” katanya.

AbangAhmad­menegaskan, pihaknya akan terus memantau kegiatan penyeludup­an dadah ke bandar raya ini dari Semenanjun­g Malaysia, seperti menerusi pos atau dibawa sendiri.

Terdahulu, beliau memberitah­u, kadar jenayah di Kuching dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini mencatatka­n penurunan 0.65 peratus, iaitu penurunan sebanyak 13 kes berbanding tempoh sama

“Jenayah kekerasan menunjukka­n penurunan sebanyak 9.45 peratus iaitu 182 kes pada 2017 berbanding 201 pada tahun 2016,” katanya.

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Ahmad menyampaik­an Sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kepada salah seorang penerima pada perhimpuna­n tersebut.
TAHNIAH: Abang Ahmad menyampaik­an Sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kepada salah seorang penerima pada perhimpuna­n tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia