Utusan Borneo (Sarawak)

Banduan dihukum penjara enam bulan kerana kesalahan dadah

-

MIRI: Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh jatuh hukuman semalam.

Tertuduh juga diperintah­kan supaya menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Hii Siik Hing @ Hiik Hing, 56, dari Kampung Senadin di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.45 petang, 17 September 2015 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Dalam kes berasingan, waran tangkap yang dikeluarka­n oleh Mahkamah Majistret terhadap Yap Chien Peng yang menghadapi tuduhan menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine dilanjutka­n sehingga 14 Ogos ini.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah tertuduh gagal hadir buat kali kedua untuk pengurusan kesnya semalam.

Yap Chien Peng, 36, dari Quadruplex Bandar Baru Per- myjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun dan dikehendak­i serta merta menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.20 pagi, 19 Oktober 2014 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia