Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes pecah cermin kereta, curi meja taman

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki memecahkan cermin kenderaan dan mencuri sebuah meja taman dari sebuah gedung perabot diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Zairustam Abdullah dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Zairustam memberitah­u bahawa suspek yang berusia 40 tahun telah ditangkap pada jam 12 tengah hari, 1 Ogos lalu di rumahnya di Jalan Pujut 2 di sini oleh sepasukan polis diketuai ASP Unang Giang.

Tangkapan ke atas suspek yang disyaki kurang siuman dibuat berikutan dua laporan polis yang dibuat oleh dua individu pada 31 Julai lalu.

Semasa tangkapan dibuat, katanya, polis turut merampas sebuah meja taman dan sebuah kereta digunakan suspek untuk dijadikan barang kes.

Menurut Zairustam, laporan pertama dibuat oleh seorang pengurus sebuah pusat kecantikan di Pusat Komersil Boulevard di sini.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 8 pagi, 31 Julai, beliau telah dimaklumka­n oleh pekerjanya bahawa cermin hadapan kenderaan jenis van milik syarikatny­a telah dipecahkan oleh seseorang.

Pengadu yang kemudian meneliti rakaman kamera ter- tutup ( CCTV) mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki berbadan gempal yang menaiki sebuah kereta bernombor pendaftara­n QTA40xx.

Manakala laporan kedua diterima daripada seorang pengurus di sebuah gedung perabot di kawasan Krokop.

Pengadu mendakwa sekitar jam 2.30 petang hari sama, semasa melihat rakaman CCTV di pejabatnya, beliau ternampak kelibat seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta dengan nombor pendaftara­n QTA40xx telah mencuri sebuah meja taman dan beberapa perabot lain yang diletakkan di kawasan kaki lima premis berkenaan.

Dalam permohonan lanjutnya, Zairustam memberitah­u reman selama empat hari ke atas suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 379 kanun sama kerana mencuri.

Tambahan, polis memerlukan masa untuk mengesan barang kes iaitu objek yang digunakan suspek memecah cermin kereta serta salinan rakaman CCTV daripada kedua-dua pengadu.

Pada masa sama beliau memohon agar suspek dirujuk ke Unit Psikiatrik Hospital Miri kerana disyaki mengalami masalah mental.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari dan tempoh reman tamat pada 5 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia