Utusan Borneo (Sarawak)

URDA fokus bangunkan Kapit menerusi SCORE

-

KAPIT: Tumpuan yang lebih besar akan diberikan dalam membangunk­an kawasan pedalaman di bahagian ini melalui projek Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE), dengan pengwujuda­n Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA).

Ditubuhkan di bawah Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA), URDA akan memberi fokus dalam mempercepa­tkan pembanguna­n di kawasan Ulu Rajang dengan memulakan projekproj­ek untuk memanfaatk­an loji hidroelekt­rik (HEP) di rantau ini iaitu Bakun dan Murum serta Baleh.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing yang juga pengerusi URDA, menjelaska­n bahawa agensi baharu itu akan mengenal pasti dan memberi keutamaan kepada projek-projek pembanguna­n yang akan membawa manfaat lebih besar kepada penduduk di kawasan tersebut.

Ini merangkumi tumpuan lebih mendalam pada pengelu- aran makanan, di mana URDA akan menetapkan sasarannya bagi membolehka­n petani di seluruh kawasan Ulu Rajang meningkatk­an hasil dalam jangka pendek dan sederhana.

Pada mesyuarat lembaga URDA yang pertama di sini kelmarin (Selasa), Masing menjelaska­n, Lembaga telah memutuskan bahawa ibu pejabat URDA akan ditempatka­n di Kapit dan struktur agensi itu akan diformalka­n tidak lama lagi.

Salah satu keputusan utama dibuat dalam mesyuarat lembaga itu adalah untuk memasukkan bahagian Kapit sebagai sebahagian daripada kawasan di bawah URDA, yang kini akan meliputi sekitar empat juta hektar.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi yang dilantik sebagai timbalan pengerusi URDA, menekankan selain projek pembanguna­n infrastruk­tur, URDA juga perlu menumpukan kepada pembanguna­n sosioekono­mi kawasan Ulu Rajang.

Justeru, Ahli Parlimen Kapit itu berharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat di kawasan itu, terutama dalam pertanian dan akuakultur melalui URDA.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RECODA Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot menjelaska­n, dengan input daripada URDA, RECODA akan dapat memudahcar­akan dengan lebih baik pelaburan yang ditujukan ke kawasan Ulu Rajang.

Beliau juga mengiktira­f sumbangan wakil rakyat dari kawasan itu, yang turut menghadiri mesyuarat pada hari Selasa untuk memberi input dan maklum balas mereka dalam memastikan kejayaan inisiatifi­nisiatif URDA.

Ahli-ahli Lembaga URDA yang turut hadir pada mesyuarat termasuk Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transforma­si Sosioekono­mi) Datu Ismawi Ismuni, Residen Kapit Joseph Belayong, Residen Bintulu Muhmamad Yakup Kari, wakil-wakil daripada Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah serta Sarawak Energy Berhad.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Datuk Ambrose Blikau Enturan, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang, ADUN Bukit Goram Jefferson Jamit, ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon, ADUN Ngemah Alexander Vincent dan ADUN Machan Allan Siden Gramong.

Penubuhan URDA serta pengwujuda­n Lembaga Kemajuan Tanah Tinggi (HDA) dicetuskan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, yang juga pengerusi RECODA dan yang meluluskan kedua-dua agensi itu pada mesyuarat Lembaga Pengarah RECODA di Kuching, bulan lepas.

 ??  ?? LEMBAGA BAHARU: Masing (duduk, tengah) merakam kenangan bersama (duduk, dari kiri) wakil SEB Leslie Chai, wakil Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Rickson Jauk, Joseph, Wilson, Nanta, Ismawi, Yakub dan wakil Kementeria­n...
LEMBAGA BAHARU: Masing (duduk, tengah) merakam kenangan bersama (duduk, dari kiri) wakil SEB Leslie Chai, wakil Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Rickson Jauk, Joseph, Wilson, Nanta, Ismawi, Yakub dan wakil Kementeria­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia