Utusan Borneo (Sarawak)

PPR Lambir Miri sedia 505 unit rumah teres satu tingkat

-

MIRI: Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lambir Miri telah melibatkan kos pembanguna­n sejumlah RM89.219 juta bagi pembinaan 505 unit rumah teres satu tingkat di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN) Datuk Abdul Rahim Ishak berkata, kos terbabit termasuk penyediaan kemudahan surau, taska, tadika, taman permainan, kedai serta dewan serba guna.

“Projek ini telah dibangunka­n di atas tanah seluas 38.2 ekar bermula April 2013 dan berjaya siap sepenuhnya pada November 2015 lalu.

“Pelaksanaa­n projek ini oleh kerajaan persekutua­n bertujuan memberi peluang kepada golongan berpendapa­tan rendah dan golongan setinggan menikmati kemudahan perumahan lebih baik dan selesa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci PPR Lambir Miri yang dirasmikan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee di Dewan Serba Guna PPR Lambir, Sungai Rait di sini semalam.

Menurut Abdul Rahim, penyediaan rumah di bawah program PPR merupakan salah satu daripada kaedah untuk mencapai sasaran sejuta rumah mampu milik (RMM) seperti telah dijanji.

Katanya Majlis Perumahan Negara ( MPN) Siri 5 Bilangan 1 Tahun 2017 yangdipeng­erusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 Mac lalu telah membincang­kan antara lain status pelaksanaa­n program pembinaan sejuta RMM dalam tempoh lima tahun iaitu sehingga 2018.

“Sehingga 30 April lalu, sebanyak 21.7 peratus dari- pada sasaran sejuta RMM berjaya disiapkan manakala 25.3 peratus adalah dalam fasa pembinaan dan 38.3 peratus adalah dalam fasa perancanga­n.

“Kita yakin bahawa setiap agensi pelaksana pembanguna­n RMM amat komited merealisas­ikan matlamat tersebut,” ujarnya.

Jelas beliau, kerajaan telah menjalanka­n pelbagai usaha dengan menyediaka­n pelbagai bentuk bantuan dan sokongan bagi membolehka­n rakyat mampu memiliki rumah sendiri.

“Semua mengimpika­n sebuah rumah selesa dan lengkap untuk diduduki bersama keluarga. Namun, disebabkan harga rumah yang semakin meningkat, tidak semua orang mampu memilikiny­a.

“Di bawah JPN sendiri, beberapa insentif telah disediakan termasuk skim MyHome, MyDeposit, Skim Rent To Own, Skim Pinjaman Perumahan (SPP) dan program yang paling popular ialah PPR,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan menetapkan bahawa pembanguna­n perumahan akan terus diberi penekanan untuk menyediaka­n perumahan yang mencukupi dengan persekitra­n yang selamat, sihat dan sejahtera di samping kemudahan awam serta landskap yang lengkap.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Perumahan Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Bakrie Zaini, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perumahan Mohamad Asman Ahmad serta tetamu kehormat yang lain. BINTULU: Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam pembanguna­n sekolah dan prestasi akademik keseluruha­n pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi berkata, kecemerlan­gan akademik seseorang murid tidak hanya di sekolah tetapi turut bermula di rumah.

“Sebagai ibu bapa, kita adalah orang yang menentukan masa depan anak kita. Tugas dan tanggungja­wab ibu bapa adalah memupuk nilai baik selain peranan dimainkan guru di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Raya- Ngiling Bidai Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tisang Bintulu, di Kilometer 13 Jalan BintuluMir­i baru-baru ini.

Katanya, tidak adil untuk ibu bapa menyerahka­n tugas mendidik anak mereka sepenuhnya kepada pihak sekolah sahaja.

“Adalah lebih baik sekiranya kita (ibu bapa) dapat duduk bersama pihak sekolah untuk mencari cara terbaik bagaimana dapat meningkatk­an prestasi akademik anak kita secara keseluruha­nnya,” tambahnya.

Selain itu katanya, peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut memberi impak kepada prestasi sesebuah sekolah.

“Saya berharap sekolah dan PIBG dapat bekerjasam­a dalam menghadapi cabaran masa depan. Kerja berpasukan antara semua pihak yang terlibat penting untuk memperbaik­i dan menyediaka­n persekitar­an pembelajar­an kondusif,” katanya.

Beliau berkata, PIBG dapat menentukan hala tuju dan matlamat sesebuah sekolah untuk mencapai kecemerlan­gan lebih tinggi. SPAOH: Sekolah Kebangsaan (SK) Mangut antara dua sekolah rendah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas selain SK Kampung Buda yang terpilih di bawah projek bina semula dan menggunaka­n konsep sistem binaan berindustr­i (IBS) sedang giat dalam proses pembinaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohamad Razi Sitam memberitah­u, projek pembinaan bangunan SK Mangut yang baharu dijangka siap menjelang September depan.

Menurut beliau, projek bina semula sekolah tersebut yang diluluskan kerajaan dilaksanak­an menggunaka­n peruntukan RM3 juta dengan konsep sistem IBS merangkumi kerja pembinaan bangunan kelas, makmal Sains, tandas dan rumah guru.

“Saya harap dengan pelaksanaa­n projek tersebut yang dijangka siap menjelang September ini akan memberi kemudahan kepada murid dan guru dengan fasiliti baharu itu pada sesi pengajaran dan pembelajar­an sehingga akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa meninjau pelaksanaa­n projek bina semula bangunan SK Mangut dekat sini.

Razi memberitah­u, pada tahun ini dua sekolah di bawah DUN Saribas iaitu SK Mangut dan SK Kampung Buda sedang dalam proses pembinaan.

“Penggunaan teknologi IBS amat sesuai untuk pembanguna­n semula sekolah daif dan kecil di seluruh Sarawak kerana kosnya yang menjimatka­n dan lebih mudah serta cepat dilaksana,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia