Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah PPR hanya untuk yang layak: Dr Annuar

Kriteria miliki rumah diteliti lebih lanjut penuhi permintaan, keupayaan pemohon miliki rumah sendiri

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Kriteria untuk memiliki rumah Projek Perumahan Rakyat ( PPR) akan diteliti lebih lanjut bagi memenuhi permintaan dan keupayaan pemohon yang ingin memiliki rumah sendiri.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee berkata, penelitian terbabit bagi membolehka­n mereka yang benar- benar layak mendapatka­n rumah PPR yang ditawar pada harga RM50,000.

“Harga rumah PPR ditawarkan adalah untuk mereka mempunyai pendapatan isi rumah kasar di bawah RM3,000. Saya difahamkan terdapat pemohon tidak memenuhi kriteria kerana ada mempunyai lebih pendapatan daripada ditetapkan dan ia menyebabka­n permohonan ditolak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci PPR Lambir Miri di Dewan Serba Guna PPR Lambir, Sungai Rait, Miri di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara ( JPN) Datuk

Harga rumah PPR ditawarkan adalah untuk mereka mempunyai pendapatan isi rumah kasar di bawah RM3,000. Saya difahamkan terdapat pemohon tidak memenuhi kriteria kerana ada mempunyai lebih pendapatan daripada ditetapkan dan ia menyebabka­n permohonan ditolak.

Abdul Rahim Ishak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Perumahan ( HDC) Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Bakrie Zaini, Ketua Pegawai Eksekutif HDC Mohamad Asman Ahmad serta tetamu kehormat lain.

Dr Annuar berkata ada yang memohon agar kriteria terbabit disemak atau diubah suai mengikut kesesuaian pemohon agar semua dapat memiliki rumah sendiri tetapi pada dasarnya mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kasar di bawah RM3,000 diberi keutamaan.

Beliau juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi turut berharap kerajaan persekutua­n menyalurka­n lebih banyak dana dari semasa ke semasa untuk membina rumah kos rendah di negeri ini.

Menurutnya, selain PPR berkenaan, pengenalan Skim Perumahan Khas Rakyat ( SPEKTRA) juga antara projek yang bertujuan membantu rakyat memiliki rumah.

“SPEKTRA mewakili kategori perumahan ber- patutan di bawah dasar baharu akan dilaksanak­an sepenuhnya oleh Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC).

“SPEKTRA berbeza dengan Rumah Mesra Rakyat ( RMR) kerana skim rumahnya adalah dengan reka bentuk baharu yang akan dilancarka­n dari satu kawasan ke kawasan lain,” ujarnya.

Jelasnya, pelaksanaa­n 26 unit rumah SPEKTRA Permata oleh HDC ialah di Skim Pembesaran Kampung Fasa 1 Kuching yang merupakan projek perintis di negeri ini yang telah dilancarka­n oleh Ketua Menteri pada Februari lalu.

Manakala antara kriteriany­a pula ialah pemilik lot diperuntuk Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan warganegar­a Malaysia tinggal di Sarawak berumur 18 hingga 65 tahun, berkahwin, ibu tunggal dan bapa tunggal tidak mempunyai hartanah dan pendapatan isi rumah antara RM1,500 hingga RM4,000 sebulan tanpa rekod muflis atau disenarai hitam oleh CTOS.

Sementara itu, seramai 150 penerima masing- masing menerima kunci projek PPR Lambir Miri berkenaan.

Dr Annuar turut mengingatk­an mereka yang telah mendapat rumah tersebut menjaganya dengan sebaik mungkin.

“Hargai usaha kerajaan membolehka­n anda memiliki rumah tersebut. Sentiasa pastikan bukan sahaja di kawasan sekeliling rumah bersih, malah dewan serba guna, surau serta kemudahan lain yang disediakan di PPR Lambir ini dijaga dengan baik,” katanya.

Jelasnya, kebersihan PPR Lambir merupakan tanggungja­wab semua. Biarpun jauh dari bandar Miri, namun ia memberi keselesaan kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri dengan harga berpatutan.

Projek PPR Lambir Miri yang bernilai hampir RM90 juta dibina pada April 2013 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada November 2015 dengan 505 unit rumah teres satu tingkat.

Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia