Utusan Borneo (Sarawak)

Ubah penyampaia­n daripada konvension­al kepada digital

Ia untuk memastikan perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat dapat disampaika­n dengan cepat dan berkesan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Setiap jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini harus mengubah suai proses penyampaia­n perkhidmat­an daripada konvension­al kepada teknologi digital.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata ia untuk memastikan perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat dapat disampaika­n dengan cepat dan berkesan.

“Kalau kita masih menggunaka­n cara konvension­al yang memerlukan banyak urusan dalam penyampaia­n perkhidmat­an, ia akhirnya tidak membantu rakyat sedangkan dalam era digital masa kini, ia sepatutnya memudahkan proses tersebut dan bukan menyusahka­n.

“Maka itu, semua jabatan dan agensi kerajaan perlu memastikan ia digitalisa­si agar proses perkhidmat­an kepada rakyat dapat dipertingk­atkan dan pada masa sama, menyumbang kepada ekonomi serta pembanguna­n negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak 2017 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Justeru, Morshidi memuji Hari Inovasi dan Integriti JTS Sarawak 2017 yang memilih tema ‘Inovasi Memacu Ekonomi Digital’, selaras dengan aspirasi Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg untuk

Kalau kita masih menggunaka­n cara konvension­al yang memerlukan banyak urusan dalam penyampaia­n perkhidmat­an, ia akhirnya tidak membantu rakyat sedangkan dalam era digital masa kini, ia sepatutnya memudahkan proses tersebut dan bukan menyusahka­n. Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani Setiausaha Kerajaan Negeri

mentransfo­rmasikan negeri ini melalui ekonomi digital.

“Untuk membangunk­an ekonomi digital, JTS juga tidak terkecuali dalam proses pembanguna­n ini baik dari- pada aspek penyediaan tapak untuk menara telekomuni­kasi untuk jaringan Internet yang lebih pantas sehingga proses penyediaan tapak untuk pembanguna­n,” katanya.

Sementara itu, Morshidi berkata beliau telah memperkena­lkan beberapa konsep untuk memperting­katkan proses kerja dan inovasi dalam perkhidmat­an kerajaan negeri iaitu meletakkan bahawa setiap jabatan dan agensi harus mempunyai Kumpuan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Key Focus Activity (KFA).

Jelas beliau, itu adalah satu platform untuk mewujudkan budaya sentiasa mencari penyelesai­an setiap masa dalam penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan.

“Ini budaya yang kita mahu tekankan kerana kita mahu menjadi perkhidmat­an kerajaan berkelas dunia.

“Itu visi kita dan kita mahu memberi yang terbaik dalam setiap bidang dan aspek perkhidmat­an,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Morshidi (kanan) melakukan simbolik perasmian Hari Inovasi dan Integriti JTS Sarawak 2017 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
RASMI: Morshidi (kanan) melakukan simbolik perasmian Hari Inovasi dan Integriti JTS Sarawak 2017 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia