Utusan Borneo (Sarawak)

PAVB adakan jerayawara merdeka, 4-6 Ogos

-

BINTULU: Persatuan Anaq Vaie Bintulu ( PAVB) akan mengadakan `Showcase Merdeka PAVB 2017’ di Naim Paragon Street Mall Bintulu mulai jam 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat hingga Ahad ini (4-6 Ogos).

Pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya persembaha­n kebudayaan tradisiona­l seperti bermukun, pencak silat, pertanding­an mewarna, ‘Battle of The Band’ (Battle Merdeka), pameran agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertanding­an pakaian beragam, karaoke, saringan kesihatan, derma darah dan ruang pameran untuk peluang latihan dan pendidikan.

Pada masa sama pelepasan peserta ‘Merdeka Fun Run’ akan diadakan pada malam Sabtu (5 Ogos) di venue yang sama.

Manakala pelepasan ‘Merdeka Fun Ride’ pula pada pagi Ahad (6 Ogos). KUCHING: Mahukah anda membeli nasi ayam untuk seseorang yang memerlukan?

Untuk yang berkeingin­an, anda hanya perlu ke restoran The Banquet di Batu Tiga di sini, untuk mendapatka­n peluang melakukan kegiatan amal seperti itu.

Ia mudah, anda hanya perlu membeli sepinggan nasi ayam untuk diri sendiri di restoran berkenaan dan juga membayar untuk sepinggan lagi di mana ia adalah untuk diberi kepada orang yang tidak berkemampu­an.

“Ini adalah bergantung kepada kebaikan seseorang itu,” kata Pengurus Besar the Banquet Zak Gan, semalam.

Menurutnya, apa yang dilakukan itu adalah datang daripada idea ‘suspended coffee’ yang popular di negara-negara Barat seperti di Amerika Syarikat dan Itali, di mana secawan kopi yang dibayar adalah untuk beramal.

“Ini sebagai tanda kami meraikan ulang tahun ke-10 dan kami mahu memberi balik kepada masyarakat,” katanya.

Nasi ayam ‘the Banquet’ hanya berharga RM3.30 yang turut dihidangka­n dengan semangkuk kecil sup kaki ayam dan sayur kari.

Selain itu, Zak berkata restoran turut memberikan harga istimewa untuk hidangan lain bagi waktu makan tengah hari seperti cangkuk manis goreng telur, kaki ayam cara Thai, kailan goreng dengan hirisan ikan, tauge goreng ikan masin dan tauhu, pada harga hanya RM10 setiap satu.

Untuk makan malam dari jam 6 petang hingga 10 malam, harga promosi turut diberikan untuk hidangan ‘Roasted Peking Duck Triple Combo’ pada harga hanya RM33.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 082-451 414.

 ??  ?? SEDEKAH MAKANAN: Nasi ayam the Banquet yang boleh dibeli untuk beramal kepada orang yang tidak berkemampu­an.
SEDEKAH MAKANAN: Nasi ayam the Banquet yang boleh dibeli untuk beramal kepada orang yang tidak berkemampu­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia