Utusan Borneo (Sarawak)

UPP sentiasa mendukung semangat BN, kata Dr Rayong

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) sentiasa mendukung semangat Barisan Nasional (BN) walaupun ia baru-baru ini mengesyork­an calon-calon boleh menang bagi wilayah tengah kepada kepimpinan tertinggi BN.

Ketua Pemuda UPP Dr Johnical Rayong Ngipa berkata parti itu cuma mengesyork­an calon- calon yang mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang sementara kepimpinan tertinggi BN akan membuat keputusan akhir.

“UPP menghormat­i setiap keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan BN dan tidak akan teragak-agak untuk memberi sokongan yang kuat kepada calon- calon BN,” katanya dalam reaksi kepada kenyataan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan Robert Lau bahawa UPP tidak boleh mengesyork­an calon kepada BN kerana ia bukan sebuah parti komponen BN.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili itu lagi, beliau tidak bersetuju dengan Lau dan berharap SUPP mencontohi UPP yang telah melancarka­n pelan pembanguna­n bagi Sibu.

“Sekarang bukan masanya SUPP terbabit dalam pertikaman lidah dengan UPP,” katanya.

Beliau berkata bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah menamakan calon daripada UPP sebagai calon langsung BN dan lima daripada mereka menang pada Pilihan Raya Negeri yang diadakan pada Mei tahun lepas.

Menurutnya, ia harus memberi petunjuk jelas bahawa Kerajaan Negeri Sarawak mengiktira­f sumbangan UPP.

Menurutnya lagi, bandar Sibu memerlukan perancanga­n yang baik untuk maju dan UPP mengesyork­an hanya calon yang sesuai untuk membantu memastikan ‘Pelan Pembanguna­n Lima Tahun Bagi Sibu’ yang dicadangka­n parti itu dapat dilaksanak­an.

Beliau berkata pelan pembanguna­n UPP bagi Sibu juga menunjukka­n UPP begitu berazam tinggi untuk berkhidmat kepada rakyat Sarawak.

‘Buat masa sekarang, tidak diketahui bila Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan. Namun UPP telah mendahului parti-parti lain untuk mengesyork­an calon berpotensi.

“Ini menunjukka­n UPP mengambil berat tentang pembanguna­n dan masa depan Sibu yang merupakan jauh lebih penting daripada kepentinga­n parti,” kata Dr Rayong.

Sehubungan itu, beliau berharap SUPP berhenti menggunaka­n UPP untuk mengalih perhatian rakyat.

Beliau berkata SUPP Wilayah Tengah mempunyai lima cawangan dan mereka harus fokus untuk meningkatk­an lagi usaha demi rakyat Sibu dan bukannya membuang masa memburuk-burukkan UPP.

“Saya mahu melihat SUPP mengemukak­an rancangan bagi Sibu. Ia agak tidak bijaksana bagi mereka untuk mempolitik­kan rancangan lima tahun yang kami cadangkan untuk Sibu,” tegasnya.

Baru-baru ini, UPP telah mengumumka­n calon berpotensi­nya iaitu Datuk Andrew Wong bagi Sibu dan Ting Kee Nguan bagi Lanang.

Parti itu mengesyork­an Wong dan Ting kepada Pengerusi BN Pusat Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi BN Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Ketika Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh mengumumka­n calon-calon tersebut, beliau berkata ia adalah prerogatif kepimpinan tertinggi BN untuk memilih calon dan UPP sekadar mengesyork­an calon paling boleh menang.

Beliau turut menekankan bahawa parti-parti politik tidak harus bergaduh antara satu sama lain, memandangk­an keputusan muktamad akan dibuat oleh pucuk pimpinan BN.

Wong berkata parti itu akan mencari calon terbaik dan memberi tumpuan kepada usaha membina keyakinan rakyat kepada BN.

 ??  ?? DR RAYONG
DR RAYONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia