Utusan Borneo (Sarawak)

JTS Sarawak komited sedia latihan berkaitan digital

-

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak komited menyediaka­n peluang latihan berkaitan kemahiran terkini dalam era digital dan pembanguna­n infrastruk­tur.

Pengarahny­a Zaidi Mahdi berkata ia bagi membolehka­n semua pegawai JTS Sarawak mempunyai kebolehan untuk membuat analisis, kompetitif dan berkemahir­an digital.

“Ini kerana kami menyedari jangkaan rakyat atau pelanggan yang semakin hari dikuasai penggunaan teknologi digital dan cabaran besar jabatan adalah untuk memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Hari Inovasi dan Integriti JTS Sarawak 2017 bertemakan Inovasi Memacu Ekonomi Digital yang disempurna­kan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Menurut Zaidi, JTS Sarawak kini sebenarnya dalam landasan kukuh untuk menyokong aspirasi ekonomi digital memandangk­an ia telah mempunyai sistem pentadbira­n tanah yang sudah beroperasi seperti eLASIS.

Justeru, katanya dengan sedikit penambahba­ikan eLASIS, sudah pasti ia akan dapat menyokong aspirasi ke arah ekonomi digital terutama melibatkan penggunaan Geographic Informatio­n System (GIS).

“Antara perkhidmat­an atas talian yang telah disediakan melalui eLASIS adalah Jualan Peta, Carian Pendaftara­n Tanah, Siasatan Premium dan Sewa Tanah, Penyerahan Instrumen Tanah dan Penyerahan Kerja Survei,” katanya.

Beliau juga menambah secara dalaman, hampir kesemua proses kerja dalam JTS Sarawak telah dibuat secara atas talian.

Sementara itu, Zaidi berkata konvensyen kali ini menyaksika­n penyertaan 11 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) daripada semua pejabat bahagian JTS Sarawak.

Katanya, ia termasuk satu projek hibrid iaitu kolaborati­f antara pejabat JTS Bintulu dan Pejabat Daerah Bintulu dengan kerjasama Pejabat Bahagian Samarahan dan Serian.

Pada masa sama, beliau berkata konvensyen tahun ini turut menggunaka­n format baharu untuk diguna pakai KIK yang lebih ringkas dan fokus kepada penghasila­n projek berimpak tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia