Utusan Borneo (Sarawak)

Program pemvaksina­n anjing kawal rabies diteruskan

-

KUCHING: Program pemvaksina­n anjing bagi mengawal penularan wabak rabies di negeri ini diteruskan dan semalam ia diadakan di beberapa kampung di daerah Padawan, Bau termasuk TH Plantation di Gedong.

Kenyataan akhbar dikeluarka­n Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri ( JPBN) Sarawak semalam mengatakan kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Gumbang, Kampung Padang Pan (Bau) Kampung Stubot, Kampung Sidunuk, Kampung Simeru, Kampung Annah Rais, Kampung Sadir, Kampung Semuti dan Kampung Sebuang (Padawan).

Setakat ini, sebanyak 24,303 ekor haiwan kesayangan telah divaksin, terdiri daripada 16,663 anjing, 7,595 kucing dan 45 lagi haiwan lain.

“Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) juga setakat ini, telah mengadakan sebanyak 144 kem- pen kesedaran mengenai wabak rabies di kampung-kampung serta sekolah-sekolah di kawasan terlibat dan dihadiri 28,739 peserta,” jelasnya.

Selain itu, JPVS bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) diketuai Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan meneruskan aktiviti pengawalan anjing dan kucing terbiar di negeri ini.

Ia sebagai langkah mengawal penularan wabak tersebut. Persampela­n untuk penyakit tersebut juga akan dipergiatk­an untuk mengesan tahap penyebaran­nya.

Sementara itu Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak memaklumka­n bahawa 41 kes gigitan baharu dilaporkan semalam.

Kes tersebut dilaporkan di Serian sebanyak 13 kes gigitan, Sri Aman (empat) Kuching (22) dan Samarahan (dua).

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku mulai 1 April 2017 hingga semalam adalah 1,383 kes.

Manakala seramai 758 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies secara kumulatif.

JKN Sarawak juga memohon orang ramai yang mempunyai sejarah gigitan anjing dalam tempoh 1 April 2017 sehingga semalam, segera membuat pemeriksaa­n di fasiliti kesihatan terdekat.

Pada masa sama, orang ramai turut diingatkan sentiasa menghindar­i daripada gigitan haiwan terutama anjing dan sekiranya digigit, perlu mengambil langkah pencegahan segera dengan mencuci bahagian terkena gigitan menggunaka­n sabun dan air bersih yang mengalir selama 15 minit.

Ia disusuli segera dengan mendapatka­n rawatan lanjut di klinik atau hospital berdekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia