Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu peruntukan besar bangun aksesibili­ti pendidikan untuk pelajar berkeperlu­an khas

-

KUCHING: Sarawak memerlukan peruntukan yang besar untuk membangunk­an aksesibili­ti pendidikan untuk pelajar berkeperlu­an khas di negeri ini. Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata Sarawak berdepan cabaran yang besar untuk menyediaka­n pendidikan setara dinikmati pelajar normal kepada pelajar berkeperlu­an khas kerana kekangan sumber kewangan.

Menurutnya antara kekangan dihadapi Sarawak ialah ia sebuah negeri yang luas iaitu sekitar 124,000km persegi dengan jumlah penduduk seramai 2.7 juta, bermakna purata kepadatan hanya 20 orang bagi setiap satu kilometer persegi.

Ujarnya disebabkan keluasan itu infrastruk­tur pendidikan untuk pelajar berkeperlu­an khas tidak mencukupi untuk menampung keperluan golongan itu khususnya di luar bandar Sarawak.

“Saya merasakan wujud keperluan untuk menempatka­n pelajar berkeperlu­an khas di satu pusat yang mungkin di bandar-bandar tertentu di Sarawak dalam usaha menyediaka­n aksesibili­ti pendidikan yang baik kepada golongan ini.

“Justeru saya bagi pihak kerajaan negeri memohon peruntukan yang lebih banyak daripada kerajaan pusat menerusi Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) un- tuk menyediaka­n aksesibili­ti kepada pelajar berkeperlu­an khas di Sarawak khususnya dari luar bandar kerana mereka juga harus mendapat pendidikan setara pelajar normal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan aluan pada Majlis Penutupan Rasmi Persidanga­n Pendidikan Khas Antarabang­sa Ke-2 (ICSE 2017) di Pusat Konvensyen Borneo Kucihng (BCCK) di sini semalam.

Majlis itu disempurna­kan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurut Manyin, sudah tiba masanya untuk memfokus kepada pendidikan pelajar berkeperlu­an khas kerana ia kurang diberi perhatian sebelum ini.

“Sejak deklarasi dunia 1990 dan Laporan Salamata 1994, menyatakan semua pemimpin dunia bersetuju bahawa pendidikan adalah untuk semua tetapi malangnya selama ini kita hanya memberi tumpuan kepada pelajar normal kerana menyangka mereka dapat menyumbang dan mengubah landskap sesebuah negara.

“Sekarang kita mahu memfokus kepada aksesibili­ti pendidikan untuk golongan ini tetapi sekali lagi saya katakan ia bergantung kepada peruntukan yang kita ada,” jelasnya.

Mengenai persidanga­n yang berlangsun­g dari 31 Julai hingga semalam (2 Ogos) itu, Manyin berkata ia merupakan landasan terbaik kepada golongan yang bersemanga­t tinggi menjaga serta mendidik kanak-kanak berkeperlu­aan khas.

Justeru ujarnya, kerajaan negeri menerusi kementeria­nnya sangat menyokong penganjura­n ICSE 2017 dan menganggap pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah bagi penganjura­n edisi kedua persidanga­n itu merupakan satu penghormat­an serta keistimewa­an kepada Sarawak.

“Sarawak percaya meningkatk­an akses dan perkhidmat­an pendidikan untuk pelajar berkeperlu­an khas adalah aspek penting yang mesti diterima semua peringkat bermula daripada ibu bapa, penjaga, pendidik, pemimpin masyarakat dan komuniti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia