Utusan Borneo (Sarawak)

Gabung SKM: Tiada paksaan pindah anak ke sekolah baharu

-

KUCHING: Tiada unsur paksaan ke atas ibu bapa untuk memindahka­n anak mereka ke sekolah baharu berikutan keputusan menggabung­kan sekolah- sekolah kurang murid (SKM) di Sarawak.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Persidanga­n Pendidikan Khas Antarabang­sa Ke-2 (ICSE 2017) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Beliau berkata Jabatan Pen- didikan Sarawak dan Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak telah mengadakan makmal untuk mengenal pasti SKM di negeri ini.

“Mengadakan makmal itu langkah pertama, langkah kedua seperti mana dimaklumka­n oleh Dato Sri Michael Manyin Jawong (Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak) tadi, mereka akan adakan jerayawara berjumpa dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ketua masyarakat dan sebagainya untuk menerima pandangan.

“Pilihan yang boleh diberikan nanti murid boleh kekal di sekolah lama atau sekolah boleh digabungka­n tetapi dalam peraturan kita, ibu bapa kena setuju,” katanya.

Terdahulu pada sidang media berasingan Manyin berkata, menutup sekolah dan menggabung­kannya bukan satu perkara senang kerana mengetahui ramai ibu bapa tidak bersetuju.

“Namun kita amat berharap ibu bapa memahami tujuan kita ini demi masa depan anak-anak kerana bukan sahaja keadaan fizikal sekolah tetapi persaingan antara pelajar di SKM tidak berkembang.

“Kita juga telah mengenal pasti sekolah yang akan bergabung dan langkah seterusnya adalah kita mengadakan jerayawara bermula dari bulan ini sehingga September nanti,” katanya sambil berharap isu dapat diselesaik­an menjelang tahun depan.

Beliau menegaskan, di Malaysia peruntukan diberikan kepada sekolah adalah berdasarka­n jumlah pelajar atau muridnya dan jika sekolah berkenaan populasiny­a kecil maka tidak banyak sumber kewangan dapat disalurkan.

“Jika sekolah itu merupakan sekolah kurang murid ia bukan sahaja menjejaska­n dari segi prestasi sekolah tetapi kekurangan persaingan antara muridnya,” katanya.

Bahkan katanya, kementeria­n atau jabatan pendidikan tidak dapat menghantar guru khas kepada sekolah yang kurang murid.

“Ia sekali gus menyumbang kepada seseorang guru mata pelajaran khusus terpaksa mengajar mata pelajaran lain pada masa sama dan kita tidak dapat menyalahka­n guru,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia