Utusan Borneo (Sarawak)

Beri pelajar berkeperlu­an khas ilmu, kemahiran

Pendidikan golongan ini mesti ke arah lengkapi mereka dengan ilmu pengetahua­n, kemahiran teknikal

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pendidikan pelajar berkeperlu­an khas di negara ini mesti menjurus kepada usaha melengkapk­an golongan itu dengan ilmu pengetahua­n dan kemahiran teknikal.

Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia penting untuk memastikan kumpulan itu dapat hidup berdikari dan menyumbang kepada pembanguna­n negara serta komuniti.

Menurutnya setakat ini terdapat seramai 78,310 pelajar berkeperlu­an khas di Malaysia dan daripada jumlah itu 2,320 belajar di sekolah khas, 60,873 mengikuti Program Integrasi Pendidikan Khas manakala 15,117 lagi dalam Program Pendidikan Insklusif.

Namun jumlah pelajar berkeperlu­an khas mengikut Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di empat Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) di seluruh negara tidak ramai iaitu hanya 739.

“Ini adalah visi dan usaha yang sedang dilakukan di Malaysia bagi memastikan pendidikan diberikan kepada pelajar berkeperlu­an khas diberi perhatian serta pertimbang­an sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Rasmi Persidanga­n Pendidikan Khas Antarabang­sa Ke-2 (ICSE 2017) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Ketua Pengarah KPM Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, Sekretaria­t Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) Prasert Tepanart dan Pengarah Pendidikan Sarawak Rakayah Madon.

Persidanga­n yang berlangsun­g selama tiga hari itu bermula 31 Julai lalu disertai lebih 650 peserta terdiri daripada pendidik, pentadbir dan pakar daripada 11 negara atau ahli SEAMEO serta seluruh dunia.

Mahdzir yang juga timbalan presiden SEAMEO berkata agenda pendidikan hari ini penuh dengan cabaran yang mesti ditangani dengan strategi dan kaedah berkesan supaya ia dapat dilaksanak­an secara realistik.

“Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 membincang­kan lima sistem aspirasi untuk Sistem Pendidikan Malaysia iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan keberkesan­an.

“Aspirasi-aspirasi ini mesti diterjemah kepada tindakan dan strategi yang menuntut perubahan dalam tindakan, dasar dan pelaksanaa­n sistem pendidikan negara,” ujarnya. Sementara itu pada sidang media yang diadakan selepas majlis tersebut, Mahdzir berkata ISCE 2017 memfokus kepada rundingan mengenai aksesibili­ti pendidikan kepada pelajar berkeperlu­an khas.

Beliau berkata setiap negara (SEAMEO) mempunyai program, agenda, latihan serta pelaksanaa­n sendiri untuk pelajar yang memerlukan bantuan dan sokongan.

“Menerusi persidanga­n kini, kita berkongsi pengalaman dalam pengendali­kan pendidikan khas dengan negara- negara SEAMEO untuk dimanfaat bersama,” katanya.

Pada majlis penutupan itu semalam juga lima resolusi dicapai dan dibentangk­an oleh Pengarah SEAMEO Pusat Wilayah Untuk Pendidikan Khas Datin Dr Yasmin Hus- sain.

Pertama Pendidikan Insklusif merupakan kunci utama pertumbuha­n, hormat dan penerimaan kepelbagai­an serta perbezaan kebolehan semua kanak-kanak.

Kedua katanya, pihak berkepenti­ngan mesti memastikan akses pendidikan dan penglibata­n pelajar berkeperlu­an khas diutama dan dilaksana untuk kehidupan lebih baik.

“Ketiga, sokongan ibu bapa dan kesedaran komuniti mesti diperhebat­kan untuk mengurangk­an diskrimina­si dan prejudis serta penerimaan positif terhadap orang berkeperlu­an khas dalam masyarakat.

“Keempat, penekanan kepada pendidikan dan latihan teknikal, inovasi serta aplikasi ICT penting untuk memperkasa­kan golongan berkeperlu­an khas dan ini mesti disediakan untuk golongan ini,” katanya.

Manakala resolusi kelima katanya, memperkuku­hkan kesedaran ketidakupa­yaan di semua peringkat masyarakat yang juga sebahagian daripada usaha membina pengetahua­n dan pemahaman.

Ini adalah visi dan usaha yang sedang dilakukan di Malaysia bagi memastikan pendidikan diberikan kepada pelajar berkeperlu­an khas diberi perhatian serta

sebaiknya. ” pertimbang­an Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia

 ??  ?? TAHNIAH: Mahdzir (lima kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada salah seorang rakan dan penganjur bersama ICSE 2017. Turut kelihatan Dr Sim (empat kanan), Manyin (lima kanan), Yasmin (empat kiri) dan Rakayah (kiri).
TAHNIAH: Mahdzir (lima kiri) menyerahka­n cenderamat­a kepada salah seorang rakan dan penganjur bersama ICSE 2017. Turut kelihatan Dr Sim (empat kanan), Manyin (lima kanan), Yasmin (empat kiri) dan Rakayah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia