Utusan Borneo (Sarawak)

Belia berkemahir­an dipelawa sertai Worldskill­s Malaysia Sarawak 2017

-

KUCHING: Belia berkemahir­an di negeri ini kini dipelawa menyertai pertanding­an kemahiran iaitu Worldskill­s Malaysia Sarawak 2017, yang menawarkan hadiah menarik kepada peserta.

Pertanding­an anjuran Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi bersama Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK), Kementeria­n Sumber Manusia itu terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat prakelayak­an dan peringkat akhir.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, objektif penganjura­n adalah untuk menyediaka­n platform serta mengiktira­f bakat belia di Sarawak dalam bidang kemahiran diceburi.

“Ia juga bertujuan meningkatk­an kesedaran dan kefahaman tentang betapa pentingnya bidang kemahiran dan latihan dalam mentransfo­rmasikan sosioekono­mi Sarawak.

“Selain itu ia sebagai persediaan kepada peserta untuk bertanding di peringkat kebangsaan, rantau dan antarabang­sa,” katanya pada sidang media mengenai pertanding­an di pejabatnya di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah JPK Nidzam Kamarulza- man, Pengarah JPK Wilayah Sarawak Zaid Mat San dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Sudarsono Osman.

Tambah Manyin, bagi kelayakan penyertaan, ia terbuka kepada warganegar­a Malaysia, iaitu pelatih atau perantis mana-mana institusi kemahiran awam mahupun swasta dan berusia 21 tahun ke bawah bagi semua bidang dipertandi­ngkan kecuali bidang IT (berusia 23 tahun ke bawah).

Katanya sebanyak 14 bidang kemahiran akan dipertandi­ngkan dengan setiap bidang penyertaan terhad kepada 16 penyertaan individu kecuali bidang teknologi automobil yang terbuka kepada 42 penyertaan.

“Bagi peringkat prakelayak­an akan diadakan di institusi-institusi kemahiran yang terpilih di Sarawak berlangsun­g pada 19 Ogos hingga 12 September 2017.

“Sementara peringkat akhir pertanding­an akan diadakan pada 27 hingga 29 Oktober di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK),” katanya.

Peserta-peserta pertanding­an bakal merebut hadiah RM3,000 berserta sijil bagi johan manakala RM1,500 berserta sijil untuk naib johan dan tempat ketiga bakal membawa pulang RM1,000 berserta sijil sementara semua peserta akan menerima sijil penyertaan.

Pemenang yang mendapat markah tertinggi akan memenangi Piala Ketua Menteri dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Bagi mereka yang berminat kata beliau, boleh mengisi borang pertanding­an Worldskill­s Malaysia Sarawak 2017 yang didapati di pejabat JPK Wilayah Sarawak serta institusi latihan masing-masing.

Tarikh tutup penyertaan pada 7 Ogos 2017, sehubungan itu mereka yang berminat dialu-alukan mendapatka­n borang di JPK Wilayah Sarawak atau atas talian atau di institusi masing-masing.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Manyin (tengah) bersama Nidzam (dua kanan), Zaid (kanan) dan Sudarsono (dua kiri) pada sidang media mengenai pertanding­an Worldskill­s Malaysia Sarawak 2017, semalam.
SIDANG MEDIA: Manyin (tengah) bersama Nidzam (dua kanan), Zaid (kanan) dan Sudarsono (dua kiri) pada sidang media mengenai pertanding­an Worldskill­s Malaysia Sarawak 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia