Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor automotif tawar banyak peluang pekerjaan

Terdapat 700 syarikat atau vendor menghasilk­an komponen kenderaan di negara ini, kata Madani

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Sektor automotif menawarkan banyak peluang pekerjaan, khususnya dalam syarikat menghasilk­an komponen kenderaan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive Institute (MAI) Datuk M. Madani Sahari berkata, terdapat 700 syarikat atau vendor menghasilk­an komponen kenderaan di negara ini.

“Kebanyakan atau 40 peratus peluang pekerjaan dalam industri automotif ditawarkan oleh syarikat membuat komponen kenderaan seperti membuat kerusi, papan pemuka, komponen plastik dan sebagainya,” katanya.

Kebanyakan atau 40 peratus peluang pekerjaan dalam industri automotif ditawarkan oleh syarikat membuat komponen kenderaan seperti membuat kerusi, papan pemuka, komponen plastik dan sebagainya.

Madani berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Sijil Program Industry Led Profession­al Certificat­e (IPC) anjuran MAI di Dewan LAKIS, semalam.

Seramai 141 peserta telah mengikuti program IPC di YMCA Camp bermula 10 Julai hingga 2 Ogos 2017.

Namun menurut Madani, hampir 40 peratus pekerja di syarikat membuat komponen kenderaan terbabit adalah tenaga kerja asing dari Bangladesh, Vietnam, Nepal dan sebagainya.

Justeru katanya, kerajaan sememangny­a hendak mengurangk­an pekerja asing dalam sektor automotif, selain dalam sektor lain di seluruh Malaysia.

“Malaysia Automotive Institute pada 2013 telah memulakan program IPC bagi menggantik­an pekerja asing dangan tenaga kerja tempatan dilatih khas untuk memenuhi kehendak dan keperluan sektor automotif negara,” katanya.

Beliau juga memberitah­u, sektor automotif merupakan satu sektor yang sangat penting kepada negara serta menyumbang empat peratus atau RM40 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas.

Kerajaan katanya, akan terus memastikan sektor automotif terus berkembang dan menerusi tenaga separuh mahir dan mahir akan mem- bantu sektor automotif terus membangun ke arah lebih gemilang.

Menyentuh mengenai program IPC, Madani berkata peserta akan menjalani latihan selama enam bulan, iaitu sebulan dalam kelas dan lima bulan menjalani latihan amali di syarikat- syarikat berkaitan.

Peserta katanya, boleh memilih untuk menjalani latihan amali di syarikatsy­arikat di Semenanjun­g Malaysia, Sarawak atau Sabah, di mana peserta juga akan menerima gaji.

“Sejak bermula pada 2013 hingga Julai 2017, sejumlah hampir 22,000 graduan IPC telah dilatih dan bekerja dalam sektor automotif negara,” ujar Madani.

Datuk M. Madani Sahari Ketua Pegawai Eksekutif MAI

 ??  ?? WANITA KUAT: Aksi Mujan ketika menolak kenderaan pacuan empat roda.
WANITA KUAT: Aksi Mujan ketika menolak kenderaan pacuan empat roda.
 ??  ?? PROGRAM IPC: Madani (kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada seorang peserta program IPC anjuran Malaysia Automotive Institute (MAI).
PROGRAM IPC: Madani (kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada seorang peserta program IPC anjuran Malaysia Automotive Institute (MAI).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia