Utusan Borneo (Sarawak)

KEMAS Parlimen Betong juara keseluruha­n Hari Potensi Kanak-Kanak

-

BETONG: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Betong dinobatkan sebagai juara keseluruha­n Hari Potensi Kanak-Kanak KEMAS Peringkat Peringkat Zon 2 bagi tahun 2017 berlangsun­g di Dewan Panglima Rentap dekat sini semalam.

Kejayaan pasukan KEMAS Parlimen Betong ini sekali lagi membuktika­n kehebatan pesertanya yang cukup berbakat dan berpotensi hasil didikan daripada guru mereka.

Terdahulu, perasmian dan penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan Pegawai Daerah Betong Khalid Andong yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Ketika menyampaik­an ucapannya, beliau mengucapka­n tahniah dan syabas kepada pihak penganjur dan peserta yang terlibat dari Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Sarikei dan Julau.

Jelasnya, penganjura­n hari potensi ini bukan sahaja untuk kita melihat kehebatan aksi kanak-kanak di padang dan sebagainya tetapi penganjura­n ini sebagai satu platform lebih mengenali secara dekat antara satu sama lain.

Justeru ia juga dapat membentuk satu ikatan muhibah dan silaturahi­m antara satu sama lain tanpa mengira kaum, jantina dan status umur dan hari ini membuktika­n segalanya.

Khalid dalam pada itu berkata, bukan mudah untuk kita mendidik anak-anak sehingga mereka dapat berjaya seperti yang kita lihat hari ini tanpa komitmen, kerjasama serta kerja keras guru dan ibu bapa.

Justeru, usaha untuk memberi pendidikan tidak terletak kepada guru sahaja tetapi peranan ibu bapa sangat penting apabila anak-anak ini berada di rumah.

Pada hari potensi kali ini, peringkat Zon 2 sebelum ini hanya dianggotai lapan Parlimen sahaja merangkumi Parlimen Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Sa- rikei dan Julau.

Tetapi tahun ini penyertaan Parlimen Kota Samarahan menjadikan sembilan anggota dalam Zon 2, sebelum ini Kota Samarahan dalam Zon 1.

Penyertaan Kota Samarahan sedikit sebanyak memberi tentangan serta cabaran kepada Parlimen lain di mana mereka berjaya mengunggul­i beberapa acara.

Namun kehebatan Parlimen Betong begitu mantap dan bersemanga­t waja membuktika­n slogan ‘ Betong Boleh’ membawa kejuaraan keseluruha­n dengan menjuarai sebagai johan acara formula one, juara rounders, juara gerak kreatif, juara pemaju masyarakat inovasi dan naib juara bola jaring.

Terahulu turut menyampaik­an ucapan ialah Pegawai KEMAS Bahagian Betong Peggy Ann Iba Matu.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada yang berjaya dan semoga usaha ini terus dipertingk­atkan untuk kejayaan yang lebih cemerlang di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Turut hadir Temenggung Piee Alwi, ketua jabatan kerajaan di Betong, pegawai KEMAS Bahagian dan pegawai KEMAS Daerah.

Mereka yang berjaya dalam setiap kategori akan mewakili Zon 2 ke peringkat negeri yang akan datang.

 ??  ?? TAHNIAH: Peggy (kiri) menerima piala juara keseluruha­n daripada Khalid (tengah) sambil diperhati Temenggung Piee (kanan) semasa berlangsun­gnya majlis berkenaan semalam.
TAHNIAH: Peggy (kiri) menerima piala juara keseluruha­n daripada Khalid (tengah) sambil diperhati Temenggung Piee (kanan) semasa berlangsun­gnya majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia