Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Kesihatan Komuniti Ulu Baram beri manfaat kepada penduduk

-

MIRI: Lebih 2,000 penduduk daripada 63 perkampung­an di Baram akan mendapat manfaat daripada penganjura­n Karnival Kesihatan Komuniti Ke-6 Ulu Baram pada 11 hingga 13 Ogos ini.

Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Samling (Pentadbira­n) Andrew Wee berkata penganjura­n kali ini paling meriah dengan melibatkan beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Ia melibatkan kerjasama Samling Group of Company, Yayasan Yaw Teck Seng, Mitsubishi Motors Malaysia, Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Pada masa sama beberapa agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pendaftara­n Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta beberapa agensi akan turut serta,” katanya.

Menurutnya, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dijangka hadir bagi merasmikan program kesihatan yang membantu meningkat kualiti kesihatan penduduk luar bandar.

Andrew menambah, pihaknya sememangny­a berhasrat untuk membawa lebih banyak perkhidmat­an kesihatan secara percuma kepada penduduk luar bandar.

“Samling lama beroperasi di pedalaman Baram dan kita mendapati perkhidmat­an kesihatan secara percuma sememangny­a ditunggutu­nggu penduduk tempatan.

“Ini kerana jika mereka ke bandar, ia akan membebanka­n pesakit terutama melibatkan kos pengangkut­an serta akses pemeriksaa­n kesihatan juga terhad,” tegasnya.

Justeru, program itu diharap dapat membantu penduduk tempatan iaitu mereka bukan hanya mendapat perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan percuma tetapi juga pengangkut­an dan makan minum turut disediakan.

Pada masa sama, agensi kerajaan dan swasta lain turut menawarkan perkhidmat­an kepada penduduk hadir pada 11 hingga 13 Ogos kelak.

Penduduk tempatan katanya disaran datang beramai-ramai bagi mendapatka­n perkhidmat­an yang ditawarkan.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Wee (enam kanan) bersama wakil beberapa agensi yang bekerjasam­a dalam penganjura­n Karnival Kesihatan Komuniti Ke-6 Ulu Baram pada 11 hingga 13 Ogos ini.
SERTAI KAMI: Wee (enam kanan) bersama wakil beberapa agensi yang bekerjasam­a dalam penganjura­n Karnival Kesihatan Komuniti Ke-6 Ulu Baram pada 11 hingga 13 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia