Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan pelajar SMK Limbang sertai AIMO di Kuala Lumpur

-

LIMBANG: Seramai sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Limbang menyertai kejohanan Olympiad Matematik Antarabang­sa Asia (AIMO) yang diadakan di Kuala Lumpur dari 2 hingga 5 Ogos ini.

Mereka i alah Teng Chin Ling, Chian Kuok Ting, Roger Wong Chii Heng, Ting Ung Hie, Wong Sze Jing, Kumudiini Ruran, Michelle Loi Jing Jing, Tiong You Qin dan Jacky Ling Guong Rong.

Acara ini dianjurkan oleh AIMO Union, SMO Education Group dan TeamMathic­s Academy.

Ia merupakan platform untuk pelajar meningkatk­an kemahiran pemikiran kri- tikal, bertukar pengetahua­n dan mempromosi­kan pembanguna­n pendidikan dan kebudayaan.

AIMO adalah pertanding­an tahunan Olympiad antarabang­sa yang berasal dari Hong Kong.

Ia dianjur Kesatuan Olimpik Matematik Antarabang­sa Asia sejak 2012.

Pertanding­an ini telah dijalankan di peringkat antarabang­sa dengan 13 negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Kazakhstan, Hong Kong, Taiwan, China, Macau, Korea Selatan, Bulgaria dan Myanmar.

Pertanding­an antarabang­sa ini terbuka kepada pelajar Malaysia dari Tahun/Standard Tiga hingga A-Levels/STPM yang telah memenangi Anugerah Emas, Perak dan Gangsa (Kategori Individu) di Singapura dan Olimpik Matematik Sekolah Asia (SASMO).

Tujuh daripada pelajar sama turut memenangi perak dan gangsa dalam SASMO layak menyertai AIMO itu. Sembilan pelajar berkenaan berangkat ke Kuala Lumpur kelmarin.

Pengetua SMK Limbang Matzinan Wahit turut melahirkan ucapan terima kasih kepada Temenggung Ang Kheng Su yang berusaha mendapatka­n peruntukan daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan untuk menaja pelajar dalam kejohanan itu.

 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Matzinan (depan, tiga kiri) bersama para pelajar, guru dan ibu bapa pelajar yang menyertai AIMO bergambar bersama.
MEMBANGGAK­AN: Matzinan (depan, tiga kiri) bersama para pelajar, guru dan ibu bapa pelajar yang menyertai AIMO bergambar bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia