Utusan Borneo (Sarawak)

Tambah baik skim perkhidmat­an Gred 19

Skim gaji sekarang sukar membantu mereka yang bekerja di bandar utama: CUEPACS

-

KUANTAN: Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam ( CUEPACS) menggesa kerajaan menambah baik skim perkhidmat­an gred 19, melibatkan lebih 100,000 pembantu tadbir dalam sektor kerajaan termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Timbalan Presiden I CUEPACS Mohd Shaman Jaes berkata, walaupun kakitangan gred 19 baharu menikmati kenaikan gred daripada gred 17 pada tahun lalu, namun kenaikan itu tidak banyak membantu terutamany­a untuk mereka yang menetap di bandar besar.

“Penambahba­ikan juga perlu dilakukan mengambil kira beban kerja mereka yang saban tahun makin bertambah. Peranan yang dimainkan pembantu tadbir dalam apa juga sektor adalah penting.

“Semakan ini boleh dilakukan kerana terdapat gred 20 dan 26 yang boleh dipertimba­ngkan. Jika mereka mempunyai diploma, berilah mengikut taraf diploma dan jika tiada, boleh membuat perkiraan menerusi pengala-

Semakan ini boleh dilakukan kerana terdapat gred 20 dan 26 yang boleh dipertimba­ngkan. Jika mereka mempunyai diploma, berilah mengikut taraf diploma dan jika tiada, boleh membuat perkiraan menerusi pengalaman kerja. Mohd Shaman Jaes Timbalan Presiden I CUEPACS

man kerja,” katanya.

Mohd Shaman berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidanga­n Perwakilan DwiTahunan Ke- 13 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjun­g Malaysia (KEPTAKES) di sini, semalam.

Mohd Shaman berkata, berdasarka­n skim sekarang, kakitangan gred 19 memperoleh gaji termasuk elaun antara RM1,700 ke RM1,900, yang masih dianggap sukar untuk membantu mereka yang bekerja di bandar utama negara.

“Selain kos sara hidup yang semakin meningkat, wang itu juga perlu dibelanjak­an untuk membayar hutang rumah, kenderaan, pendidikan jika ada dan juga hutang peribadi yang sudah pasti tidak mencukupi terutama kepada mereka yang berkeluarg­a,” katanya.

Mohd Shaman menambah isu penambahba­ikan gred 19 pernah disuarakan sebelum ini, dan berharap ia dapat dilaksanak­an pada tahun ini bersama- sama dengan cadangan mewujudkan gred 28, yang telah lebih setahun dirancang.

Selain itu, Mohd Shaman juga memohon kera- jaan mempertimb­angkan cadangan supaya saguhati persaraan dibenarkan untuk dipindahka­n ke Tabung Haji pada usia 40 tahun bagi membantu kakitangan kerajaan menunaikan haji.

“Bagaimanap­un, wang itu hendaklah disyaratka­n hanya boleh dikeluarka­n bagi tujuan haji kerana kita tidak mahu ada yang menggunaka­n wang itu untuk tujuan lain,” katanya.

Mohd Shaman menambah cadangan itu juga membole- hkan kakitangan kerajaan menggunaka­n faedah cuti bergaji selama 40 hari bagi menunaikan haji yang diperuntuk­kan kepada mereka, selain berpeluang beribadat dalam usia muda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Mohd Shaman (tiga kanan) beramah mesra dengan ahli jawatankua­sa tertinggi dan ahli kesatuan selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Dwitahunan kali ke-13 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjun­g Malaysia (KEPTAKES) semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Mohd Shaman (tiga kanan) beramah mesra dengan ahli jawatankua­sa tertinggi dan ahli kesatuan selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Dwitahunan kali ke-13 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjun­g Malaysia (KEPTAKES) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia