Utusan Borneo (Sarawak)

TH aplikasi penggunaan teknologi sepenuhnya

-

MEKAH: Tabung Haji (TH) mengaplika­sikan sepenuhnya penggunaan teknologi bagi memastikan operasi haji musim 1438 Hijrah berjalan lancar selaras dengan moto Pusat Maklumat Operasi agensi berkenaan, ‘Çepat dan Tepat’.

Pengarah Operasi Makkah 1438 Hijrah, Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim berkata sebahagian daripada teknologi yang digunakan pada musim haji tahun ini, sudah diuji dalam projek perintis ketika musim haji lepas, dan terbukti berkesan dalam melicinkan operasi haji.

Beliau berkata sebagai antara penggerak utama operasi haji di Tanah Suci, lima komponen teknologi diaplikasi­kan secara agresif pada musim haji kali ini.

“Kita mempunyai perkhidmat­an ‘SMS Blast’… jemaah haji yang mempunyai kad sim Arab Saudi dan mendaftar nombor telefon mereka dengan kita (TH) akan mendapat mesej penting dan amaran berjaga-jaga yang memer- lukan tindakan segera,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat TH Mekah di sini Selasa.

Selain itu, katanya penggunaan Sistem Bravo, iaitu penggunaan­nya seperti ‘walkie-talkie’’atau ‘push-to-talk’ (PTT). Sistem ini merupakan perhubunga­n penting dalam kalangan petugas yang menjalanka­n tugas di Mekah dan Madinah.

“Petugas akan mendapatka­n maklumat secara serentak. Contohnya ketibaan jemaah di Jeddah, petugas di Mekah juga menerima maklumat itu melalui sistem Bravo,” katanya.

Beliau berkata TH juga menggunaka­n aplikasi dikenali sebagai ‘Haj Mobility’ (laporan haji bergerak) yang sangat penting ketika Masyaír apabila berlaku pergerakan bas dari Mekah ke Arafah; Arafah ke Muzdalifah; Muzdalifah ke Mina, dan Mina ke Mekah, dengan semua itu dilaporkan menggunaka­n aplikasi di muat turun dalam telefon bimbit masing-mas- ing.

“Maklumat jemaah haji dalam ‘poket’ kita. Laporan pergerakan bas tidak perlu dilakukan di pejabat di hadapan komputer tetapi boleh dibuat di luar bangunan dan sebagainya. Laporan itu boleh dilakukan di lapangan dan dibuat dengan segera,” katanya.

Ahmad Sohaimi berkata, TH turut mengaplika­sikan Sistem Maklumat Bersepadu, iaitu semua pusat pengurusan operasi boleh mengakses sistem berkenaan yang bertujuan melapor dan mendapatka­n maklumat berkaitan segala urusan operasi haji di Tanah Suci Mekah.

Selain itu, beliau berkata aplikasi ‘ Dashboard Haji’ turut digunakan yang akan menjadi pusat penyimpana­n data, dan bertindak sebagai pusat capaian untuk menyimpan dan menyalurka­n maklumat jemaah haji.

“Sistem ini bukan sahaja untuk musim haji, tetapi selepas mereka pulang ke tanah air,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia