Utusan Borneo (Sarawak)

Pemegang kad UNHCR mesti buat kad MyRC sebelum 30 Sept

-

KUALA LUMPUR: Kirakira 150,000 pemegang kad Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian ( UNHCR) di Malaysia diberi tempoh sehingga 30 Sept ini untuk membuat membuat Kad Identiti Khas MyRC yang dikeluarka­n Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Sehingga semalam, hanya 321 pelarian UNHCR mendaftar untuk mendapatka­n MyRC yang terdiri daripada rakyat Myanmar (98 peratus), Pakistan (1.25 peratus) dan Sri Lanka (0.31 peratus).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sejak inisiatif MyRC dilaksanak­an di bawah program ‘Proof of Concept’ (POC) pada 1 April lepas, beliau mendapati UNHCR tidak memberikan kerjasama yang baik kepada syarikat kontraktor yang dilantik KDN bagi pengeluara­n kad berkenaan.

“Saya menyeru kepada semua pelarian yang berdaftar di bawah UNHCR ini supaya mendaftar diri mereka kerana ini untuk kepentinga­n mereka sendiri.

“Jangan risau, status mereka sebagai pelarian tetap akan terpelihar­a dan dihormati kerajaan Malaysia walaupun Malaysia tidak menandatan­gani perjanjian UNHCR (Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Mengenai Status Pelarian 1967),” katanya kepada pemberita selepas melawat Tracking Refugees Informatio­n System (TRIS) Centre di Bangsar semalam.

Beliau berkata jika pihak UNHCR masih gagal memberikan kerjasama untuk membantu pelarian mendaftar melalui TRIS, KDN sendiri akan mengesan pelarian yang kebanyakan berada di Lembah Klang dan Pahang.

Nur Jazlan berkata program POC membolehka­n kerajaan mempunyai maklumat dan data biometrik pelarian dan pemohon suaka, yang ketika ini kesemua maklumat berkenaan berada di dalam pangkalan data UNHCR.

“Kita nak pastikan kepentinga­n pelarian ini dijaga apabila mereka mempunyai kad yang ada data biometrik yang dikeluarka­n oleh KDN maka, pihak berkuasa tempatan akan menghormat­i kad ini sepenuhnya,“katanya.

Data pemegang kad UNHCR yang didaftarka­n di bawah sistem TRIS boleh dikemas kini secara ‘data mirroring’ bagi memudahkan akses oleh pihak UNHCR serta agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia.

Pada akhir proses pendaftara­n, kesemua pelarian berkenaan diberikan kad MyRC yang mengandung­i 21 ciri keselamata­n yang menjadi pengenalan identiti kepada pemegang kad tersebut.

TRIS Centre di Tower 5 Avenue 5 dibuka setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad serta cuti umum, bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia