Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama KKLW, RISDA dan Agrobank realisasik­an projek RBN

-

GOLONGAN belia luar bandar berusia 18 hingga 45 tahun yang sudah berkahwin namun belum memiliki rumah kini berpeluang memiliki kediaman sendiri menerusi inisiatif Transforma­si Luar Bandar di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang mewujudkan perumahan generasi kedua luar bandar dikenali sebagai Rumah Bina Negara.

Sehubungan itu, KKLW melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bersama Agrobank semakin rancak membina rumah mampu milik Rumah Bina Negara untuk komuniti pertanian luar bandar bermula Ogos ini.

Terdahulu, KKLW dan RISDA telah menjalinka­n kerjasama (MoU) dengan Agrobank bagi memudahkan permohonan pembiayaan Rumah Bina Negara untuk belia luar bandar komuniti pertanian yang mempunyai slip atau tidak mempunyai slip gaji terutama bagi yang bekerja sendiri dalam sektor pertanian seperti perladanga­n, perniagaan atau aktiviti agro pertanian.

Sehubungan itu, penilaian kelulusan pembiayaan bagi pemohon yang mempunyai slip atau tidak mempunyai slip gaji dan bekerja dalam sektor pertanian adalah mengikut prosedur sedia ada permohonan Rumah Bina Negara.

Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji pula, mereka haruslah mempunyai bukti kukuh sumber pendapatan yang disahkan oleh pemimpin tempatan untuk aktiviti pertanian yang diusahakan.

Permohonan ini akan dinilai secara menyeluruh serta tertakluk kepada kelulusan pembiayaan pihak Agrobank berdasarka­n maklumat yang disertakan.

Rumah Bina Negara dibina sebuah di atas tanah pemohon dan ditawarkan dengan spesifikas­i tiga bilik tidur dan dua bilik air berkeluasa­n 700 kps dilengkapi dengan lampu, kipas dan bekalan air yang dilaksanak­an menerusi peruntukan RM100 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentang­an Bajet 2017.

Rumah Bina Negara awalnya ditawarkan pada harga RM65,000, namun kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM20,000 menjadikan harga jualan hanya RM45,000.

Setakat ini RISDA menerima 2,022 permohonan, 709 dalam proses penilaian dan menerima 213 permohonan tanpa slip gaji. Dapatkan borang secara PERCUMA Pemohon boleh mendap- atkan borang permohonan secara percuma di Pejabat RISDA berdekatan atau di mana- mana pejabat pemimpin tempatan.

Borang permohonan juga boleh didapati di laman sesawang www.risda.gov.my

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, pemohon boleh hadir sendiri di pejabat RISDA berdekatan atau hubungi di talian 03-4256 4022, faks 03-4256 2791 atau e- mel ke program_ khas@ risda.gov.my

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia