Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam kaji terperinci sistem pengoperas­ian kargo KLIA

Mengenal pasti kelemahan, elak jadi hab penyeludup­an

-

KUANTAN: Tiga lelaki bersenjata­kan parang dicekup polis selepas menyamun seorang pekebun sayur warga Indonesia di rumah kongsinya melibatkan kerugian RM8,600 dalam kejadian di Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Sungai Soi di sini 22 Julai lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Othman Nayan berkata dalam kejadian pada jam 4 petang itu mangsa, 32 tahun dikatakan sedang berehat di rumahnya kongsinya sebelum ia dipecah masuk oleh suspek yang bersenjata­kan parang.

“Suspek yang menutup muka dengan kain hitam kemudianny­a mengugut mangsa supaya menyerahka­n barangan berharga dan antara barangan yang diambil termasuk wang tunai RM400, dua telefon bimbit jenis Samsung, sebuah mesin racun penyembur, sebuah mesin rumput beroda dan dua unit bateri lori.

“Bertindak atas laporan, polis kemudian telah melakukan satu operasi khas dan berjaya menahan dua daripada suspek yang ketika itu sedang menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak dipercayai kereta curi di Batu 5, Jalan Gambang di sini pada 25 Julai.

“Kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun didapati tidak mempunyai sebarang pekerjaan, dan mempunyai rekod jenayah lampau selain positif dadah,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Menurutnya hasil pemeriksaa­n lanjut di dalam kenderaan tersebut, polis telah menemui pelbagai senjata tajam seperti pisau panjang, bayonet, pedang pendek dan tukul besi selain pelbagai peralatan pertukanga­n yang disyaki digunakan untuk memecah rumah.

“Selain itu polis juga menemui selaras senapang angin buatan sendiri, beg barangan kosmetik dan kotak gabus mengandung­i aksesori telefon selain sebuah mesin rumput, lima botol racun rumput, sebuah pam air, segulung wayar dan tujuh pasang but,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki berusia 19 tahun, juga positif dadah di Batu 5, Jalan Gambang pada 26 Julai lepas.

“Ketiga-tiga suspek mengaku melakukan jenayah terbabit dan mereka kini ditahan reman sehingga 7 Ogos depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan. — Bernama SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melakukan kajian terperinci terhadap sistem dan prosedur pengoperas­ian Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengenal pasti kelemahan yang boleh dieksploit­asi sindiket penyeludup­an antarabang­sa.

Penolong Ketua Pengarah ( Penguatkua­saan) Kastam Datuk Mohd Pudzi Man berkata antara aspek yang akan ditumpukan ialah pengendali­an dagangan menggunaka­n alamat palsu selain menambah baik prosedur penerimaan sesuatu barangan daripada peringkat ketibaan hingga dibawa keluar dari KLIA.

Katanya ini berdasarka­n kekerapan kes penyeludup­an yang digagalkan oleh JKDM KLIA melibatkan penggunaan alamat palsu di Gudang Kargo Udara, Zon Perdaganga­n Bebas KLIA dan perkara itu perlu dibendung bagi mengelakka­n KLIA dijadikan hab penyeludup­an.

“Ada dagangan yang dirampas didapati menggunaka­n Zon Perdaganga­n Bebas KLIA sebagai alamat penghantar­an tetapi cuba dibawa keluar menggunaka­n dokumen yang diluluskan kastam atas nama syarikat lain… perkara ini tidak boleh dibiarkan terus berlaku,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau juga berkata kes sedemikian sukar dibanteras kerana pengoperas­ian kompleks kargo itu melibatkan banyak pihak.

“Kita akan bekerjsama dengan semua pemegang taruh yang beroperasi di KLIA bagi melihat semula kaedah pengoperas­ian yang digunakan ketika ini kerana kita percaya kegiatan yang didalangi sindiket penyeludup­an antarabang­sa itu dilakukan dengan mengeksplo­itasi sistem dan prosedur yang digunakan ketika ini,” katanya.

Pada sidang media itu, JKDM KLIA mengumumka­n kejayaanny­a menumpaska­n cubaan menyeludup 300 kilo-

Ada dagangan yang dirampas didapati menggunaka­n Zon Perdaganga­n Bebas KLIA sebagai alamat penghantar­an tetapi cuba dibawa keluar menggunaka­n dokumen yang diluluskan kastam atas nama syarikat lain… perkara ini tidak boleh dibiarkan terus berlaku. Datuk Mohd Pudzi Man Penolong Ketua Pengarah (Penguatkua­saan) Kastam

gram (kg) sisik tenggiling bernilai RM3.86 juta dan 23 gading gajah seberat 75kg bernilai RM275,000 dalam dua kes berasingan di kawasan gudang kargo udara KLIA tersebut pada Ahad lepas.

Mengulas kes terbabit, Mohd Pudzi berkata keduadua dagangan yang tergolong dalam larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012, Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian III kecuali dengan permit import dari Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) itu dikesan selepas tiba melalui penerbanga­n dari Republik Congo dan Lagos, Nigeria.

Beliau berkata sisik tenggiling tersebut ditemui di dalam enam guni yang dilabelkan sebagai ‘Fish Maw’ dalam surat muatan udara manakala 23 batang gading gajah itu dirampas daripada dua buah kotak yang disyaki membawa barang larangan import.

Guni dan kotak yang ditahan itu tiba melalui penerbanga­n Ethiopian Airlines dari Republik Demokratik Congo dan Etihad Airways dari Lagos dengan KLIA sebagai destinasi akhir, katanya.

Mohd Pudzi berkata keduadua kes disiasat menurut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan yang membawa hu- kuman denda minimum 10 kali ganda atau 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau keduaduany­a jika sabit kesalahan.

Beliau berkata bagi 2017, setakat ini JKDM KLIA telah mematahkan lima cubaan menyeludup 1,696 kg sisik tenggiling dengan nilai melebihi RM21.23 juta.

Berhubung kes enam pegawai JKDM yang bertugas di KLIA yang ditahan polis pada Ahad dan Isnin lepas, Mohd Pudzi berkata JKDM menyerahka­n sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalanka­n siasatan dan sedia memberikan sebarang kerjasama jika diperlukan.

“JKDM sama sekali tidak akan berkomprom­i dengan pegawai yang tidak berintegri­ti dan sedia memberi sokongan kepada PDRM dalam siasatan yang dijalankan,” katanya.

Media melaporkan kesemua pegawai itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi membantu siasatan kerana dipercayai membantu kumpulan kongsi gelap menyeludup dadah masuk ke negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ROMPAKAN BERSENJATA: Othman (tengah) menunjukka­n senapang angin buatan sendiri yang dirampas ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama ROMPAKAN BERSENJATA: Othman (tengah) menunjukka­n senapang angin buatan sendiri yang dirampas ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Kuantan, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Mohd Pudzi (tengah) menunjukka­n gading gajah yang berjaya dirampas pada 30 Julai lalu di Gudang Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Mohd Pudzi (tengah) menunjukka­n gading gajah yang berjaya dirampas pada 30 Julai lalu di Gudang Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia