Utusan Borneo (Sarawak)

Makmal satelit tangani ancaman perisian jahat

Laksana penyelidik­an, persediaan awal mengesan serangan

-

MELAKA: Makmal satelit ‘ Coordinate­d Malware Eradicatio­n and Remediatio­n Project’ (CMERP) dibangunka­n di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi menangani ancaman perisian jahat ‘malware’ di negara ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata makmal berkenaan dibangunka­n dengan peruntukan RM7.4 juta menerusi agensi di bawahnya CyberSecur­ity Malaysia dengan kerjasama UTeM.

Beliau berkata, makmal berkenaan akan melaksanak­an pelbagai penyelidik­an dalam bidang keselamata­n siber sebagai persediaan awal mengesan serangan perisian jahat selain mengumpul data serta ramalan serangan berkenaan.

“Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menimbulka­n pelbagai isu dan cabaran kepada negara dan rakyat di negara ini. Pertambaha­n penggunaan ICT telah menyumbang kepada peningkata­n risiko terhadap keselamata­n siber, sekali gus mengundang kebimbanga­n pelbagai pihak.

“Saya percaya tanpa ilmu pengetahua­n dan kesedaran mengenai keselamata­n siber, rakyat di negara ini akan menjadi sebahagian daripada mangsa ancaman alam siber,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan CMERP di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecur­ity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dan Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata makmal CMERP berkenaan akan dipantau

Selain itu, kita juga menjalin kerjasama dengan pelbagai universiti dalam pelbagai bidang tertentu melibatkan keselamata­n siber supaya kepakaran dalam ancaman siber dapat dikembang luas di peringkat nasional. Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah Timbalan Menteri MOSTI

secara terus oleh ibu pejabat CyberSecur­ity Malaysia di Seri Kembangan, Selangor dan ia turut menyediaka­n perkhidmat­an analisis forensik digital meliputi siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan dan pihak bertanggun­gjawab menyebarka­n perisian jahat terbabit.

Sementara itu, Amirudin berkata isu dan cabaran dalam keselamata­n siber sangat luas dan merupakan satu daripada ancaman perisian jahat yang boleh menyebabka­n kerugian wang ringgit dan juga data peribadi.

Beliau berkata justeru bidang berkenaan menjadi satu daripada fokus utama agensi berkenaan dan pelbagai langkah dilaksanak­an termasuk menjalin kerjasama dengan pihak risikan tempatan dan luar negara dalam bidang terse- but bagi memantau perkembang­an semasa.

“Selain itu, kita juga menjalin kerjasama dengan pelbagai universiti dalam pelbagai bidang tertentu melibatkan keselamata­n siber supaya kepakaran dalam ancaman siber dapat dikembang luas di peringkat nasional,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrin berkata UTeM telah menjalin kerjasama dengan CyberSecur­ity Malaysia sejak 2007 dan pembukaan makmal CMERP secara tidak langsung berupaya melonjakka­n fungsi Pusat Kecemerlan­gan UTeM dalam bidang keselamata­n siber.

Beliau berkata kerjasama berkenaan dapat meningkatk­an dan memantapka­n bidang penyelidik­an dan pembanguna­n keselamata­n siber di UTeM dan juga di negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANGANI ANCAMAN: Abu Bakar (dua kanan) mendengar taklimat tentang alat yang dibangunka­n CyberSecur­ity Malaysia bagi menangani ancaman perisian jahat selepas merasmikan Makmal Satelit ‘Coordinate­d Malware Eradicatio­n and Remediatio­n Project’ (CMERP) di...
— Gambar Bernama TANGANI ANCAMAN: Abu Bakar (dua kanan) mendengar taklimat tentang alat yang dibangunka­n CyberSecur­ity Malaysia bagi menangani ancaman perisian jahat selepas merasmikan Makmal Satelit ‘Coordinate­d Malware Eradicatio­n and Remediatio­n Project’ (CMERP) di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia