Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat sehenti simpan stok bencana negara beroperasi Okt

-

KUALA LUMPUR: Depot Tindak Balas Kemanusiaa­n Negara (DTBKN) yang ditubuhkan sebagai pusat sehenti untuk menyimpan makanan dan barangan keperluan asas serta aset bencana negara dijangka beroperasi Oktober ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata DTBKN akan beroperasi menggunaka­n model Program Makanan Sedunia - Depot Respons Kemanusiaa­n Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Subang, yang menguruska­n misi bantuan kemanusiaa­n PBB di rantau Asia Pasifik.

“DTBKN juga akan dijadikan sebagai Pusat Latihan Logistik dan Pusat Kecemerlan­gan bagi pengurusan Bantuan Kemanusiaa­n dan Bantuan Bencana (HADR) di peringkat antarabang­sa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n selepas beliau mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Pengurusan Bencana Negara Bil. 1/2017 di Bangunan Utama Parlimen di sini, semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Abd Rashid Harun.

Ahmad Zahid berkata DTBKN yang mempunyai keluasan 12,486 meter persegi ditubuhkan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) antara NADMA dan Kementeria­n Pertahanan dengan menggunaka­n fasiliti sedia ada di Depot Simpanan Pertahanan (DSP) di Sungai Buloh berikutan lokasinya yang strategik dan berhampira­n dengan Jaringan Lebuh Raya Utara Selatan, Lapangan Terbang Antarabang­sa Subang dan Pangkalan Udara TUDM Subang.

Menurut Ahmad Zahid, pengurusan DTBKN akan dikendalik­an oleh pegawai dan kakitangan sedia ada di DSP.

Beliau berkata NADMA dengan kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia juga telah membangunk­an sistem e-logistik bagi memastikan pengurusan dan bantuan bencana dapat dilaksanak­an dengan lebih cepat, sistematik dan berkesan.

Sementara itu, semasa ditemui wartawan, Shahidan berkata mesyuarat itu turut membincang­kan cadangan untuk memperluas­kan skim insurans untuk mangsa banjir, seperti yang dilaksanak­an dengan jayanya di Parlimen Kemaman, ke seluruh negara.

“Pada dasarnya pengerusi (Ahmad Zahid) telah bersetuju dengan cadangan perluasan skim ini, tetapi masih ada perincian seperti berapa jumlah premium perlu dibayar dan pampasan yang perlu diberikan agar ia tidak membebanka­n peserta,” katanya.

Pada 2015, Ahli Parlimen Kemaman yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah memperkena­lkan satu pelan menghadapi banjir yang dikenali Model Kemaman Siapsiaga, yang turut mengandung­i skim insurans untuk mangsa banjir yang dikenali sebagai ‘Skim Insurans Kampungku.

Pelan kesiapsiag­aan itu yang diguna pakai di daerah tersebut setiap kali banjir telah diangkat sebagai contoh terbaik dalam mengurus banjir dan memperoleh pengiktira­fan Gold Standard oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2015. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN BENCANA: Zahid ( tengah) hadir bagi mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Bantuan Bencana Negara di Bangunan Utama Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BANTUAN BENCANA: Zahid ( tengah) hadir bagi mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Bantuan Bencana Negara di Bangunan Utama Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia