Utusan Borneo (Sarawak)

Demam denggi kes penyakit berjangkit paling tinggi

-

KUALA LUMPUR: Penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes disenaraik­an sebagai penyakit berjangkit paling tinggi di negara ini dengan nisbah 328.3 kes setiap 100,000 penduduk, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata ini diikuti dengan penyakit tangan, kaki dan mulut (152.25), leptospiro­sis (kencing tikus) (17.12), hepatitis B (12.60) dan HIV (11.00).

Beliau berkata kementeria­n melaksanak­an pelbagai strate- gi khusus untuk mengawal dan mencegah penyakit berjangkit daripada merebak.

“Bagi menangani insiden penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes, kementeria­n telah melaksanak­an pelbagai langkah pencegahan dan kawalan termasuk menggunaka­n sistem pemantauan berasaskan laman sesawang secara tepat masa iaitu eDengue, sistem pengurusan wabak denggi (SPWD) bagi meningkatk­an pengawasan ke atas lokaliti kes dan wabak denggi,“katanya.

Menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai insiden penyakit berjangkit di negara ini serta strategi pencegahan­nya, beliau berkata aktiviti gotongroyo­ng secara berkala dijalankan di kawasan berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, selain gotongroyo­ng di seluruh negara sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Di samping itu, program Bebas Denggi dan penubuhan pasukan sukarelawa­n ‘Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku’ (Combi) di kawasan tumpuan pembiakan nyamuk itu juga diperkukuh­kan, katanya.

Dalam perkembang­an lain, Dr Subramania­m berkata Malaysia dikategori­kan dalam kadar sederhana bagi penyakit tibi berbanding negara jiran iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Strategi utama pencegahan penyakit tibi adalah pengesanan dan rawatan awal bagi semua kes tibi sehingga pesakit diisytihar sembuh sepenuhnya daripada penyakit tersebut.

“Pemeriksaa­n kahak akan dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai tanda dan gejala tibi termasuk pemeriksaa­n X-ray dada terhadap golongan berisiko tinggi mendapat penyakit tersebut.

“Kemudahan diagnosis penyakit tibi juga ditingkatk­an dengan pembelian mikroskop fluoresen LED yang boleh tingkatkan sensitivit­i pengesanan bakteria,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia