Utusan Borneo (Sarawak)

Negara Islam beri amaran kepada Israel jangan bertindak sembaranga­n di Baitulmaqd­is

-

ISTANBUL: Israel diingatkan sekali lagi supaya tidak mengambil sebarang langkah yang ‘tidak boleh diterima’ dalam usaha rejim itu untuk mengubah status quo di Baitulmaqd­is, jika tidak dunia Islam bersedia bertindak balas, lapor agensi berita China Xinhua.

Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sepakat menyuaraka­n ingatan itu pada mesyuarat tergempar di Istanbul kelmarin.

Amaran merujuk kepada percubaan terancang rejim Israel baru-baru ini, untuk men- gubah status quo Baitulmaqd­is termasuk langkah kawalan keselamata­n dengan pemasangan alat pengesan logam dan kamera pengawasan.

Israel mengenakan sekatan ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqd­is selepas tiga rakyat Palestin menembak mati dua pegawai polis Israel pada 14 Julai sekaligus mencetuska­n pertempura­n berdarah.

Pada Jumaat lepas Israel membenarka­n rakyat Palestin dari semua peringkat umur memasuki semula Masjid Al-Aqsa.

Pada masa sama, Menteri Luar Palestin Riad Al-Malki menyeru lebih banyak kerjasama dalam kalangan masyarakat antarabang­sa dan negara Islam memandangk­an pendudukan Israel sudah mencecah hampir 50 tahun di Baitulmaqd­is.

“Israel tidak akan menerima kekalahan kerana itu kita perlu menunjukka­n kepada Israel bahawa kerjasama kita sangat dalam hingga ke akar umbi dan berkekalan,” kata Malki pada sidang akhbar bersama rakan sejawatann­ya, Mevlut Cavusoglu dan Setiausaha Agung OIC, Yousef Ahmed Al-Othaimeen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia