Utusan Borneo (Sarawak)

T’ganu beri tapak pastikan rakyat miliki kediaman: MB

Kekangan kewangan halang kerajaan laksanakan RMM

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu kini mengambil langkah alternatif dalam menyediaka­n kediaman kepada rakyatnya menerusi penyediaan tapak kediaman percuma berbanding program Rumah Mampu Milik (RMM) sebelum ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ini susulan kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan negeri dalam melaksanak­an RMM.

“Sebelum ini, kita banyak bantu rakyat dengan RMM yang kos pembinaann­ya RM140,000 seunit namun kita menjualnya kepada golongan yang layak hanya pada harga RM68,000 seunit ( subsidi sebanyak RM72,000).

“Jadi sekarang kita terpaksa membuat transforma­si. Kita ubah bagi memastikan hak rakyat tetap dijaga. (Setelah mendapat tanah), mereka boleh membuat pinjaman dari mana-mana pihak untuk membuat rumah sama ada dari kerajaan atau bank, mengikut kemampuan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompo­k (RTB) Tapak Rumah di sini semalam yang melibatkan pengagihan 5,939 lot tapak kediaman.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata bagi golongan miskin yang tersenarai dalam e-kasih pula, mereka boleh membuat permohonan membuat rumah di atas lot tanah kediaman itu melalui dana Projek Perumahan Rakyat

Jadi sekarang kita terpaksa membuat transforma­si. Kita ubah bagi memastikan hak rakyat tetap dijaga. (Setelah mendapat tanah), mereka boleh membuat pinjaman dari mana-mana pihak untuk membuat rumah sama ada dari kerajaan atau bank, mengikut kemampuan mereka. Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu

Termiskin dan Rumah Mesra Rakyat.

“Sudah pasti golongan ini akan diutamakan malah kerajaan negeri juga menyalurka­n peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membina dan membaik pulih rumah di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Ditanya mengenai tohmahan pembangkan­g yang menyifatka­n pengagihan lot tanah kediaman itu hanyalah sebagai janji menjelang pilihan raya, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri tidak langsung terkesan dengan perkara itu.

“Itu memang kerja dia (pembangkan­g). Apa yang kerajaan buat semua tak kena. Itu memang tugas mereka. Ini bukan soal pilihan raya kerana apa yang penting bagaimana kita mahu membantu rakyat.

“Hasilnya kita kenal pasti 5,939 lot tanah itu yang akan dimiliki rakyat yang layak. Itu paling penting untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Mohd Rafi (dua kanan) ketika menyempurn­akan Majlis Perasmian #Negaraku: Seminar Media Sosial Peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur ( WPKL) bertemakan Memperkasa Penggunaan Positif Media Baharu anjuran Jabatan Penerangan WPKL dan Suruhanjay­a...
— Gambar Bernama RASMI: Mohd Rafi (dua kanan) ketika menyempurn­akan Majlis Perasmian #Negaraku: Seminar Media Sosial Peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur ( WPKL) bertemakan Memperkasa Penggunaan Positif Media Baharu anjuran Jabatan Penerangan WPKL dan Suruhanjay­a...
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK RAKYAT: Ahmad Razif (dua kanan) menunjukka­n tanda bagus ketika melancarka­n Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompo­k (RTB) Tapak Rumah 2017 di Hulu Terengganu semalam.
— Gambar Bernama UNTUK RAKYAT: Ahmad Razif (dua kanan) menunjukka­n tanda bagus ketika melancarka­n Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompo­k (RTB) Tapak Rumah 2017 di Hulu Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia