Utusan Borneo (Sarawak)

Amal konsep Tabayyun sebelum sebar maklumat di laman sosial

-

KUALA LUMPUR: Prinsip Tabayyun iaitu sikap semak atau periksa sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum sebar perlu diamalkan oleh setiap pengguna apabila menerima sesuatu maklumat di laman media sosial, kata Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, pada masa ini banyak maklumat dikongsika­n oleh pengguna media sosial sehingga tular namun pada akhirnya maklumat itu didapati bukan sahaja palsu malah mengeliruk­an.

“Berita- berita palsu ini juga boleh mengancam keselamata­n rakyat dan negara. Menyemak kesahihan berita adalah sangat penting sebelum menyebarka­nnya, pastikan ia daripada sumber yang diyakini sahih, jika tidak pasti jangan kongsi.

“Menyebarka­n berita palsu dan fitnah amat mudah tetapi bila kita tahu silapnya kemudian, maka sukar bagi kita untuk mengesan punca, menjangka penyebaran­nya dan bagaimana hendak menghentik­annya,” katanya ketika merasmikan Seminar Program #Negaraku: Seminar Media Sosial 2017 di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Politiknya Datuk Mohd Rafi Alli Hassan.

Seminar sehari itu yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur serta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Jawatankua­sa Penyelaras Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia bertujuan mewujudkan generasi warga digital berminda kelas pertama yang mengamalka­n etika penggunaan Internet secara selamat, berwaspada dan bertanggun­gjawab.

Dalam pada itu, Tengku Adnan turut menyaranka­n ibu bapa agar mengamalka­n sikap keprihatin­an yang tinggi mengenai penggunaan media sosial dalam kalangan anakanak mereka.

Katanya, ini kerana sikap keterbukaa­n ibu bapa tanpa sempadan boleh mengundang kepada gejala tidak bermoral oleh kanak- kanak seperti mengakses laman- laman web pornografi atau menjadi mangsa kepada jenayah pedofilia.

“Kita lihat anak-anak muda seawal usia 12 tahun tanpa segan silu memuat naik gambar-gambar seksi di media sosial untuk tontonan umum yang membuka jalan kepada kejadian tidak diingini,” katanya. — Bernama KANGAR: FELDA Global Ventures Perlis Sdn Bhd (FGV) tidak mempunyai sebarang tunggakan cukai tanah di negeri ini setakat 2016, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata FGV memegang hak milik tanah di Mukim Chuping di Padang Besar seluas 100.3 hektar dengan jumlah cukai tahunan yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri adalah sebanyak RM6,336 setahun.

Bagaimanap­un pihak syarikat berkenaan masih belum membuat bayaran cukai tanah bagi tahun 2017 berjumlah RM6,842.90 termasuk bayaran denda lewat,” katanya menjawab soalan Mohd Shukri Ramli (PAS-Sanglang) pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, semalam.

Kepada soalan Datuk Sabry Ahmad ( BN- Santan) berkenaan notis dan tindakan Jabatan Tanah dan Galian Perlis ( PTG) berkenaan pelanggara­n syarat tanah, beliau berkata sehingga 17 Julai tahun ini sebanyak 183 permohonan ubah syarat tanah telah diterima.

“Daripada jumlah itu sebanyak 75 permohonan ubah syarat telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan bakinya masih dalam tindakan PTG.

“Ia selaras dengan Program Pemutihan Pelanggara­n Syarat selama satu tahun bermula 15 Oktober 2016 sehingga 15 Oktober 2017 di mana sepanjang tempoh itu, insentif galakan diberi iaitu diskaun 90 peratus ke atas denda pelanggara­n syarat bagi permohonan ubah syarat tanah,” katanya.

Sementara itu, Azlan berkata tindakan saman tidak dikenakan terhadap Lembaga Pengarah syarikat Putra Palace Sdn Bhd susulan kelewatan syarikat itu mengemukak­an penyata bulanan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) atas kekangan teknikal iaitu syarikat masih melakukann­ya secara manual kerana belum mampu membeli sistem USB-GST.

“Masalah itu juga disebabkan proses pengambila­lihan operasi hotel semasa perjanjian pajakan dengan pihak ketiga. Denda tersebut telahpun dibayar oleh Putra Palace dan tiada sebarang tindakan terhadap tiga ahli lembaganya,” katanya menjawab soalan Chan Ming Kai (PKR- Indera Kayangan). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia