Utusan Borneo (Sarawak)

13 Oktober ini bukan tarikh sebenar PRU14

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) semalam menafikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan pada 13 Oktober ini susulan penularan klip video mengenai pengumuman tarikh bagi PRU14 di media sosial.

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pengumuman tarikh itu digunakan bagi tujuan latihan dan simulasi kepada bakal petugas semasa Program Taklimat kepada Pegawai-Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus PRU14 Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan pada 31 Julai lepas.

“SPR ingin menjelaska­n bahawa tarikh tersebut bukanlah tarikh sebenar. Sehubungan itu, SPR berharap semua pihak tidak mempercaya­i dakwaan bahwa kononnya tarikh- tarikh PRU14 telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan susulan penularan klip video berkenaan.

Mohd Hashim berkata SPR merasa kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggun­gjawab merakam dan dan menyebar video tersebut kepada umum sehingga menimbulka­n kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai tarikh PRU14.

Sebuah video klip berdurasi 39 saat tular di media sosial di mana seorang lelaki kelihatan membuat pengumuman bahawa pilihan raya akan diadakan pada 13 Oktober tahun ini. — Bernama KUALA TERENGGANU: Pesta Makanan Thailand di Jalan Padang Kemaman di sini yang sepatutnya berakhir semalam diarah tutup kelmarin selepas 30 gerai jualan makanan di situ gagal mematuhi peraturan Jabatan Kesihatan Negeri.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Omar berkata pihaknya melaksanak­an tindakan itu selepas menerima aduan orang ramai yang meragui tahap kebersihan gerai jualan di pesta berkenaan. Pesta itu diadakan sejak 27 Julai lalu.

Katanya, hasil pemeriksaa­n, pihaknya mendapati ada peniaga yang menyimpan bahan mentah di dalam kotak ais secara bercampur aduk dengan suhu yang tidak mencukupi, peralatan yang digunakan tidak dibasuh selain kurang menitikber­atkan kebersihan gerai.

“Berpanduka­n siasatan yang dijalankan, peniaga di pesta itu tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan mengikut Peraturan- Peraturan Makanan 1985 seperti kaedah penyimpana­n makanan yang tidak betul, meletakkan bahan mentah di atas lantai selain peniaga tidak mengenakan penutup kepala, apron dan pemakaian barangan kemas seperti cincin oleh penyedia makanan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohammad berkata, kegagalan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan menyebabka­n pelbagai masalah timbul seperti bau busuk kesan daripada pembuangan air dan sisa pemprosesa­n makanan yang tidak sempurna sekali gus mengundang kehadiran lalat.

“Penyedia makanan juga tidak mendapatka­n suntikan pelalian dan tindakan ini juga boleh mendedahka­n pelanggan dengan risiko penyakit bawaan air. Bekalan air bersih yang tidak teratur dan disambung di atas tanah selain cara penyimpana­n air yang diragui juga boleh menyebabka­n masalah kesihatan.

Sepatutnya pihak penganjur mendapatka­n surat kebenaran dan merujuk Jabatan Kesihatan terlebih dahulu sebelum mengadakan pesta makanan itu serta mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamata­n pengguna yang membeli makanan atau produk yang dijual,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia