Utusan Borneo (Sarawak)

Neymar masih terus berdiam diri

PSG dilaporkan bersedia bayar 222 juta euro syarat pelepasan kontrak penyerang Brazil itu

-

PARIS, Perancis: Bintang antarabang­sa Brazil, Neymar, kembali ke Barcelona Selasa lepas tetapi mengelak memberikan sebarang komen mengenai spekulasi kemungkina­n satu perpindaha­n rekod dunia ke Paris Saint Germain (PSG).

Penyerang kelab Barcelona berusia 25 tahun itu kembali dari China dan sebelum itu ada mengeluark­an satu video di laman sosial yang kelihatan dari lapangan terbang di Dubai, ekoran cadangan di mana beliau mungkin dalam perjalanan ke Paris.

Beliau masih berdiam diri ketika khabar angin mencadangk­an beliau akan menyertai kelab Ligue 1 Perancis, yang dilaporkan bersedia membayar 222 juta euro untuk syarat pelepasan kontrak pemain itu di Barca.

Neymar, yang berada di Shanghai untuk majlis penaja, juga mengeluark­an gambar dalam laman sosial Instagram dengan kapsyen berbahasa Portugal: “Makan tengahari di pertengaha­n jalan”.

Dalam satu lagi video dari sebuah pesawat, Neymar berseloroh dengan satu perisian imej bendera Sepanyol dan gambar pesawat kecil di pakaiannya – mencadangk­an beliau dalam perjalanan ke Barcelona.

Hiasan dalam pesawat dikenal pasti adalah penerbanga­n Emirates.

Laporan awal mendakwa beliau bergerak dari China ke Doha adalah untuk bertemu dengan pemilik PSG dari Qatar dan juga lulus ujian perubatan sebelum satu rekod perpindaha­n dunia.

Tetapi berada dalam pesawat Emirates menjelaska­n Doha bukan destinasi perjalanan­nya kerana Qatar berdepan krisis dengan beberapa negara jirannya.

D a n Neymar akhirnya tiba di Barcelona pada jam 9 malam waktu tempatan, menggunaka­n pintu belakang untuk mengelak puluhan wartawan yang menunggu dan juga beberapa penyokong – sesetengah daripada mereka memakai jersi PSG – yang menunggu kehadirann­ya.

Satu video dirakamkan oleh seorang penumpang pesawat yang sama dan disiarkan di rangkaian televisyen Catalan, TV3, menunjukka­n Neymar di satu kawasan yang dikhaskan oleh kakitangan penerbanga­n, memakai headphone dan mengelak menjawab soalan pertanyaan peminat sekiranya beliau terus kekal bersama Barcelona.

“Kelab Barcelona dan wakil Neymar mengesahka­n pemain sudah kembali ke Barcelona hari ini (Selasa). Beliau akan kembali berlatih esok dan meneruskan kehidupan seperti biasa sehingga segala-galanya diselesaik­an, menurut tweet Marcelo Bechler, seorang wartawan dari Brazil yang pertama kali mendedahka­n berita satu “persetujua­n” di antara pemain dan PSG pada 18 Julai. Barcelona, yang tewas 2-3 kepada Real Madrid di Miami Sabtu lepas, perlawanan persahabat­an pramusim terakhir mereka semasa jelajah ke Amerika Syarikat ( AS), dijadual berlatih b e r - mula jam 9.30 pagi keesokan harinya.

“Neymar dan skuad lain akan menjalani latihan seperti dijadualka­n,” kata satu sumber kelab ketika memberitah­u AFP.

Perlawanan persahabat­an Barcelona seterusnya ialah pada hari Isnin untuk kejohanan tahunan, Joan Gamper, di mana mereka akan menanti kunjungan Chapecoens­e, kelab dari Brazil yang kehilangan hampir kesemua pemain mereka dalam satu kemalangan udara November tahun lepas.

Skuad kendalian Ernesto Valverde akan bermain perlawanan rasmi pertama mereka pada 13 Ogos, menentang Real Madrid pada perlawanan pertama Piala Super Sepanyol.

Neymar bagaimanap­un berdepan satu kejutan apabila kembali apabila kelab menghalang pembayaran bonus 26 juta euro yang diharapkan olehnya, menurut satu sumber di kelab.

“Pembayaran 26 juta euro ini telah diletakkan dalam senarai menunggu untuk melihat sekiranya pemain akan terus bermain untuk kelab,” kata satu s u m - ber yang e n g g a n dikenali.

Pemberian bonus itu dipersetuj­ui setahun yang lalu apabila Neymar melanjut kontrak bersama Barca sehingga 2011 dan dijadualka­n akan dibayar kepada pemain selepas melengkapk­an tempoh satu tahun.

T e t a p i kelab membuat keputusan me- n a n g - guhkannya untuk melihat bagaimana situasi spekulasi perpindaha­n itu.

Kontrak baharu yang ditandatan­gani Neymar juga menaikkan terma pelepasan kontrak dari 200 kepada 222 juta euro, satu jumlah yang dilaporkan mampu dibayar oleh PSG.

Neymar mula mencipta nama di kelab Santos, di mana bekas bintang legenda bola sepak Brazil, Pele, bermain. B e l i a u memenangi Copa L i b - ertadores dan P i a l a Brazil bersama S a n - tos.

Kelab Barcelona dan wakil Neymar mengesahka­n pemain sudah kembali ke Barcelona hari ini (Selasa). Beliau akan kembali berlatih esok dan meneruskan kehidupan seperti biasa sehingga segala-galanya diselesaik­an. Marcelo Bechler Wartawan dari Brazil

S a t u perpindaha­n lumayan ke Barca menyusul pada 2013 dengan 56,000 penyokong hadir ketika pengenalan rasmi beliau di Nou Camp. Dalam empat tahun di Barca, beliau memenangi Liga Juara-Juara pada 2015, dua La Liga Sepanyol, tiga Piala Raja Sepanyol dan satu Piala Kelab Dunia FIFA. Tahun lepas beliau membantu Brazil memenangi acara bola sepak lelaki Sukan Olimpik buat kali pertama. — AFP

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia