Utusan Borneo (Sarawak)

Griezmann calon ‘pilihan’ ganti Neymar

-

MADRID, Sepanyol: Antoine Griezmann dikenali pasti sebagai sasaran nombor satu Barcelona untuk menggantik­an Neymar, yang mungkin akan berpindah ke Paris Saint Germain (PSG).

Neymar menghampir­i satu perpindaha­n rekod dunia bernilai 196 juta pound ke PSG dan Barca kini terdesak untuk mencari bintang baharu untuk mengekalka­n tiga jentera serangan berbisa.

Menurut akhbar Perancis, Sport, Griezmann menjadi antara calon ‘pilihan’ di kalangan pengurusan Barcelona.

Awal musim ini, Griezmann dijangka akan menyertai Manchester United sebelum kelab Atletico Madrid didenda tidak dibenarkan mendaftar pemain baharu sehingga pasaran perpindaha­n bulan Januari.

Tetapi laporan media di Sepanyol kini mendakwa Griezmann menjadi pilihan untuk jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde.

Akhbar Mundo Deportivo dalam pada itu melaporkan bahawa Liverpool meletakkan penilaian 100 juta euro untuk pemain mereka, Philippe Coutinho.

Barca ada membuat bidaan bernilai 72 juta pound untuk Coutinho pada bulan Julai tetapi ditolak oleh Liverpool dengan pengurus kelab Anfield itu, Jurgen Klopp, menegaskan bahawa pemain berusia 25 tahun itu tidak dijual untuk apa jua nilai.

Apabila ditanya jika pemain tengah itu berada dalam pasaran (jualan), Klopp berkata: “Anda memberikan soalan dengan cara yang berbeza. Di mana anda men- ganggap beliau berada dalam pasaran?

“Perkataan ‘ tidak’ bermakna tiada timbul sebarang persoalan. Tiada apa yang berbeza di pihak kami (tidak menjual).” — Reuters

 ??  ?? SANCHEZ
SANCHEZ
 ?? — Gambar AFP ?? LICIK: Griezmann (kiri) dan pemain tengah Napoli, Jorginho bersaing pada perlawanan Piala Audi di Munich, Jerman Selasa lepas.
— Gambar AFP LICIK: Griezmann (kiri) dan pemain tengah Napoli, Jorginho bersaing pada perlawanan Piala Audi di Munich, Jerman Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia