Utusan Borneo (Sarawak)

Sanchez akhirnya kembali berlatih bersama Arsenal

-

LONDON, England: Alexis Sanchez akhirnya kembali menjalani latihan bersama Arsenal Selasa lepas dengan spekulasi yang masih berterusan mengenai keinginann­ya untuk meninggalk­an Arsenal.

Sanchez tidak bersamasam­a Arsenal dalam jelajah pramusim ke Austria dan China dan juga pada kejohanan mini Piala Emirates hujung minggu lepas ketika beliau diberikan rehat tambahan selepas beraksi pada kejohanan Piala Konfederas­i bersama Chile.

Pemain berusia 28 tahun itu sepatutnya kembali menjalani latihan bersama kelab pada hari Ahad tetapi gagal kembali ke London sehingga Selasa lepas kerana mendakwa diserang selesema.

Beberapa penyokong Arsenal bimbang masalah kesihatan Sanchez itu adalah taktik terbaharu untuk beliau memaksa kelab menerima desakan untuk beliau berpindah.

Sanchez berada pada tahun terakhir kontraknya dan keputusann­ya untuk tidak menerima kontrak lanjutan lumayan oleh pengurus kelab, Arsene Wenger, membangkit­kan minat dari Manchester City, Chelsea, Paris Saint- Germain, Bayern Munich dan Juventus.

Dengan Arsenal akan menentang Chelsea dalam perlawanan Perisai Komuniti, perlawanan pembuka musim baharu Liga Perdana Inggeris di Wembley Ahad ini, Sanchez kini sudah menyertai rakan sepasukann­ya untuk persediaan perlawanan.

Beberapa jam selepas mengeluark­an gambar menerusi media sosial setiba di London, Sanchez menulis: “Kembali menjalani latihan.”

Bercakap hujung minggu lepas, Wenger berkata beliau harus memeriksa tahap kecergasan Sanchez sebelum membuat keputusan sama ada akan menyenarai­kan pemain itu pada perlawanan menentang Chelsea.

Arsenal akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City pada 11 Ogos. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia