Utusan Borneo (Sarawak)

Halep mudah atasi Stephens pada kejohanan WTA Terbuka Citi

-

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Pemain nombor dua dunia, Simona Halep, melangkah ke pusingan kedua kejohanan WTA Terbuka Citi dengan menewaskan pemain wildcard tuan rumah, Sloane Stephens 7-6(7/3) dan 6-0 Selasa lepas.

Pemain berusia 25 tahun dari Romania, naib juara di Terbuka Perancis, mengambil masa hanya 79 minit untuk menewaskan Stephens ketika beliau membuat persediaan untuk kejohanan Grand Slam Terbuka AS, yang akan bermula pada 28 Ogos.

“Ia adalah sukar pada set pertama. Saya hilang sedikit rentak dan beliau melakukan beberapa pukulan hebat,” kata Halep.

“Untuk perlawanan pertama di permukaan simen, ia tidak begitu teruk. Saya terlepas beberapa pukulan dan tidak mempunyai rentak di awal permainan tetapi saya berasa lebih selesa sekarang.”

Stephens hanya bermain selama sebulan selepas tidak beraksi hampir setahun kerana kecederaan kaki. Beliau masih gagal mencari rentak permainan ketika memenangi kejuaraan WTA pertamanya di Washington pada 2015.

“Ia adalah set pertama yang menarik,” kata Stephens. “Saya bermain sebaik yang saya mampu tetapi saya berasa agak kecewa dengan set kedua. Ia akan mengambil sedikit masa lagi untuk mengembali­kan permainan sebenar saya.”

Halep, yang juga pilihan pertama kejohanan, akan bertemu Mariana Duque-Marino dari Colombia untuk memburu satu tempat ke suku akhir.

“Pukulan servis saya tidak bagus tetapi saya fikir OK. Semuanya berjalan lancar. Saya tidak dapat berkata saya perlu perbaiki sesuatu,” kata Halep.

“Ia penting untuk saya me- nang hari ini. Ia penting dalam di mana set kedua adalah lebih baik. Pada perlawanan seterusnya, saya perlu lebih agresif. Saya harus lebih cepat menamatkan mata.”

Juara perseorang­an Olimpik, Monica Puig dari Puerto Rico dan pilihan ketujuh dari Rusia, Ekaterina Makarova, juga meneruskan kemaraan ke pusingan kedua dengan menewaskan dua pemain kelayakan tuan rumah.

Puig menewaskan Louisa Chirico 6-4 dan 6-4 sementara Makarova menewaskan Jamie Loeb 7-6(7/4) dan 6-3. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia