Utusan Borneo (Sarawak)

Pecutan terakhir di London Bolt bakal menyertai acara 100 dan 4x100 meter pada Kejohanan Olahraga Dunia IAAF sebelum bersara

-

LONDON, England: Keputusan Usain Bolt untuk menamatkan kerjaya gemilangny­a, dijangka akan menarik lebih banyak perhatian pada Kejohanan Olahraga Dunia IAAF yang akan bermula di sini Jumaat ini.

Jaguh pecut dari Jamaica, pemenang lapan pingat emas di Sukan Olimpik dan 11 pingat emas kejohanan dunia selain pemegang rekod dunia acara 100 dan 200 meter, akan bertanding dalam acara 100 dan 4x100 meter pada kejohanan dunia kali ini.

Atlet berusia 30 tahun itu akan meninggalk­an kekosongan yang sangat besar dalam sukan trek dan balapan, di mana pencapaian luar biasa beliau juga diiringi dengan personalit­i mempersona yang sentiasa menarik perhatian.

Sejak beberapa musim terakhir, sukan olahraga diselubung­i dengan pelbagai skandal, dadah dan rasuah.

“Beliau adalah pelari pecut terbaik sepanjang zaman,” kata presiden badan induk sukan olahraga dunia (IAAF), Sebastian Coe.

“Usain Bolt seorang yang hebat. Sayatidakd­apatmemiki­rkan, selain dari Muhammad Ali, seseorang yang mempunyai satu impak sebesar itu dalam dunia sukan atau di luar dunia sukan.

“Anda boleh bercakap di malam Jumaat tentang siapa pemain bola sepak atau pemain tenis terbaik tetapi tiada sebarang pertikaian tentang beliau (Bolt) dalam acara pecut.”

Coe menambah: “Apa yang kita rindukan ialah personalit­i beliau. Kami sememangny­a mahukan atlet dengan personalit­i. Ia menarik untuk mempunyai seseorang yang

Beliau adalah pelari pecut terbaik sepanjang zaman. Sebastian Coe Presiden IAAF

mempunyai pandangan dan mampu menarik kehadiran penonton dalam stadium.”

Bolt menegaskan beliau akan memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan 100 meter selaku pelari underdog.

“Ia adalah apa yang saya sentiasa baca dan apa yang diberitahu oleh pasukan saya, jadi saya harus membuktika­n diri saya sekali lagi,” kata beliau sebagai satu amaran kepada bakal pencabarny­a.

Beliau menambah: “saya selesa berkata saya seorang legenda kerana saya sudah membuktika­n diri saya sendiri. Di luar litar, saya seorang yang ringkas.”

Dengan Bolt menghampir­i persaraan, banyak perdebatan tertumpu kepada siapa yang akan mengisi tempat beliau.

Satu nama yang sentiasa muncul ialah Wayde van Niekerk dari Afrika Selatan, juara dunia dan juara Olimpik acara 400 meter, yang mengatasi rekod dunia Michael Johnson dalam acara 400 meter di Sukan Olimpik Rio tahun lepas.

“Wayde beraksi dengan hebat sekali,” kata Bolt, dengan Van Niekerk juga memecah rekod dunia Johnson dalam acara 300 meter di Ostrava bulan lepas.

“Beliau sekarang akan berlari dalam acara 200 meter, ia pastinya menarik. Beliau seorang yang benar-benar menarik.”

Van Niekerk bercita-cita untuk memenangi acara 200 dan 400 meter, yang hanya sekali dilakukan oleh seorang atlet – iaitu Johnson pada 1996.

“Usain adalah satu inspirasi besar,” kata atlet berusia 25 tahun itu.

“Tetapi saya masih agak jauh sebelum menghampir­i pencapaian yang sudah dilakukan oleh Usain.”

Seorang lagi atlet yang akan menarik perhatian penonton ialah atlet tuan rumah, Mo Farah, yang memburu kejuaraan dunia buat kali ke-10 berturuttu­rut, sejak dari 2011 dan juga termasuk kejuaraan berganda 5,000 dan 10,000 meter pada Sukan Olimpik di London dan 2012 dan Sukan Olimpik Rio 2016.

Kenya, yang sudah terjejas dengan ketiadaan jaguh 400 meter lompat pagar, Nicholas Bett, kehilangan seorang lagi atlet penting apabila David Rudisha menarik diri dari kejohanan kerana kecederaan.

Atlet berusia 28 tahun, yang mencipta rekod dunia ketika memenangi acara 400 meter lompat pagar di Sukan Olimpik London, berkata beliau tidak akan dapat bertanding kerana “kecederaan otot kaki”. — AFP

 ??  ?? FEDERER
FEDERER
 ?? — Gambar AFP ?? GAYA TERSENDIRI: Bolt memberikan ‘ pose’ istimewa ketika menghadiri sidang media di London Selasa lepas.
— Gambar AFP GAYA TERSENDIRI: Bolt memberikan ‘ pose’ istimewa ketika menghadiri sidang media di London Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia