Utusan Borneo (Sarawak)

Federer bakal beraksi pada kejohanan ATP Montreal di Kanada

-

MONTREAL, Kanada: J a g u h S w i t - zerland, R o g e r Federer, yang memenangi kejuaraan Grand Slam ke- 19 beliau di Wimbledon bulan lepas, berkata bahawa beliau akan beraksi pada kejohanan ATP Montreal minggu hadapan. K e j o h a n a n Piala Rogers di Montreal, akan m e r u p a k a n kejohanan p e r s e - d i a a n pert a - ma Federer untuk kejohanan Grand Slam terakhir, Terbuka Amerika (AS), yang akan bermula pada 28 Ogos dan juga penampilan pertama beliau di Montreal sejak 2011.

Kejohanan di permukaan simen di Kanada ini bergilir mengganjur­kan kejohanan ATP di antara Montreal dan Toronto, dengan kejohanan peringkat WTA ( wanita) berlangsun­g setiap tahun.

“Saya berasa gembira untuk kembali ke Montreal, kerana saya tidak mempunyai peluang untuk bermain di sini sejak beberapa tahun yang lalu,” kata Federer. “Tahun ini adalah tahun yang menarik dan saya tidak sabar untuk kembali semula beraksi.”

Federer memenangi kejohanan Terbuka Australia buat kali kelima dalam kerjayanya dan kemudian kejuaraan Wimbledon buat kali kelapan selain memenangi kejuaraan Indian Wells, Miami dan Halle.

Ia juga bermakna Federer akan meraikan ulang tahun kelahiran ke-36 beliau di Montreal Selasa depan.

“Kami meraikan berita ini hari ini dan ia akan berlarutan untuk beberapa hari terutama sekali kerana Federer akan meraikan hari lahirnya bersama kami pada 8 Ogos,” kata pengarah kejohanan, Eugene Lapierre. “Saya pasti peminat di Montreal akan memberikan sambutan yang hebat kepada beliau.”

Federer memburu kejuaraan ketiganya di Kanada tetapi yang pertama di Montreal selepas 2004 dan 2006 di Toronto. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia