Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Pusat Pembanguna­n MSN-LFA dapat sambutan

-

LIMBANG: Projek Pusat Pembanguna­n Majlis Sukan Negeri (MSN)-LFA bermula Julai lalu mendapat sambutan memberangs­angkan dari peminat dan pemain bola sepak di sini mencungkil dan menyerlahk­an bakat-bakat mereka.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Abdul Ajis Kon Mohd Ghazali berkata ramai pemain berbakat kini sedang melakukan latihan di pusat itu.

“Projek Pusat Pembanguna­n MSN- LFA satu peluang terbaik kepada pemain-pemain mencungkil bakat dan persediaan membekalka­n pemain menghadapi Piala Belia seterusnya SUKMA dan Pasukan Belia Sarawak,” katanya di sini semalam.

Ajis berkata, sekurangku­rangnya 20 hingga 25 orang pemain berpotensi disenaraik­an dipilih melalui pusat itu.

Katanya, LFA turut menyokong penuh kepimpinan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais terus memacu FAS lebih gemilang pada musim hadapan.

“Liga Veteran 2017 di- adakan September ini nanti mampu mengubat kerinduan peminat-peminat bola sepak menyaksika­n bintang dan legenda bola sepak beraksi semula,” jelasnya.

Jelasnya, Liga Veteran memberi peluang bintang bola sepak era 60-an hingga 70- an beraksi sekali gus merebut gelaran sang juara.

“Malah, liga ini menjadi venue terbaik untuk mereka terus bergiat aktif dalam sukan dan membudayak­an aktiviti sukan untuk kesihatan secara berterusan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia