Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga atlet Kelab First Kicks Taekwando Sibu menyerlah pada kejohanan di Kelantan

-

SIBU: Tiga peserta dari Kelab First Kicks Taekwando Sibu berjaya mendapat satu pingat emas dan empat perak pada Kejohanan Terbuka High Kicks Taekwando dan Jemputan Kebangsaan 2017 yang berlangsun­g di Bachok, Kelantan dari 27 hingga 30 Julai lepas.

P i n g a t e m a s disumbangk­an oleh Nur Syakirin Zainudin menerusi acara ‘ free sparing’ Bawah 15 Tahun. Beliau turut menyumbang satu pingat perak menerusi acara ‘ pattern individu.’

Dua lagi pingat perak disumbangk­an oleh Raden Nur Liyantie Raden Budiman menerusi acara ‘ free sparing’ terbuka dan ‘ pattern 1 dan.’

Satu lagi pingat perak disumbangk­an oleh Ahmad Nazri Abu Bakar menerusi acara ‘ pattern 2 dan.’

Presiden Persatuan Taekwando Global Sarawak (SGTA) Ahmad Zaini Abang Ahmad Fauzan berpuas hati dengan pencapaian tiga peserta kelab yang bernaung di bawah SGTA itu.

“Kita berpuas hati dengan pencapaian ketiga- tiga mereka kerana kita sebelum ini tidak meletakkan sebarang sasaran pingat,” ujarnya.

Kejohanan anjuran High Kicks Taekwando Martial Arts dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan itu telah disertai 450 peserta dari 80 sekolah dan 16 persatuan serta kelab.

Jo h a n ke s e l u r u h a n dimenangi oleh Kelab High Kicks Taekwando Kelantan, di i k u t i Pe r s e k u t u a n Taekwando Pan Global ( PGTF) dan Kelab Siaga Harimau Kelantan.

Se l a i n ke t i g a - t i g a peserta terbabit, pasukan negeri turut disertai oleh pengurus pasukan iaitu Noor Shafizza Yusuf dan Normaziana Rahim selaku guru pengiring.

Menurut Zaini, mereka akan membuat persediaan awal bagi Kejohanan Ta e k w a n d o MG T F Kebangsaan di Melaka pada 19 dan 20 Ogos ini.

Namun, katanya, mereka hanya akan menghantar dua atau tiga peserta bagi menyertai kejohanan itu nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia