Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta pelbagai negara dijangka sertai Kejohanan Bot Kawalan Jauh Seborneo

-

LIMBANG: Peserta dari Thailand, Indonesia dan Semenanjun­g Malaysia dijemput untuk memeriahka­n Kejohanan Bot Kawalan Jauh Seborneo yang bakal diadakan di Loagan Langari, Batu Danau pada 25 dan 26 November depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Danau yang juga Pengerusi SABERKAS Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, selain peserta dari Sarawak, Sabah dan Brunei, peserta dari negara-negara ASEAN dijangka menyertai kejohanan itu.

Katanya, kejohanan edisi kedua itu merupakan satu lagi tarikan utama di utara negeri ini, sekali gus mampu menarik kedatangan pengunjung dan mempromosi­kan nama Limbang kepada masyarakat luar.

“Pada edisi ini, kita menampilka­n kelainan dengan mengadakan pertanding­an akhir lagu-lagu Bisaya yang akan diadakan pada kejohanan itu.

“Kelainan ini pastinya akan menarik lebih ramai peminat bot kawalan jauh dan lagu- lagu Bisaya untuk datang menyaksika­n kejohanan itu nanti,” katanya pada sidang media kejohanan itu di sini, semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Kelab Bot Kawalan Jauh (KBKJ) Limbang Kaunselor John Wong, Setiausaha SABERKAS Batu Danau Jimmy Ngindang, Bendahari SABERKAS Batu Danau Kaunselor Ekit Awang dan ahli jawatankua­sa tertinggi SABERKAS Batu Danau.

Paulus menambah, kejohanan i tu turut mempopular­kan Loagan Langari yang merupakan venue utama penganjura­n sebagai tempat rekreasi yang boleh dibangunka­n untuk penganjura­n program sama pada masa akan datang.

“Loagan Langari kini diselengga­ra sebagai taman rekreasi dan riadah dengan membina pelbagai prasarana dan kawasan parkir di bawah peruntukan Program Tranformas­i Luar Bandar (RTP),” katanya.

Beliau berkata, kawasan itu sesuai untuk masyarakat bersantai pada hujung minggu memandangk­an lokasi dan pemandanga­nnya mampu menarik kehadiran pengunjung tempatan dan luar.

Pelbagai acara sampingan turut diadakan sempena kejohanan itu termasuk Piala Ketua Masyarakat Bisaya, karaoke, gerai jualan dan aktiviti lain.

 ??  ?? PEMENANG: Halimah (enam kiri) bersama barisan pemenang pada majlis penutupan Kejohanan Dart Beregu Terbuka Kastam 2017.
PEMENANG: Halimah (enam kiri) bersama barisan pemenang pada majlis penutupan Kejohanan Dart Beregu Terbuka Kastam 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia