Utusan Borneo (Sarawak)

Johan MAGGI® Jom Masak & Menang bawa pulang ISUZU D-MAX

-

TIE Teik Ming, 70, merupakan seorang pesara dalam bidang pembinaan diumumkan sebagai johan Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang dan membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kenderaan pacuan empat roda, ISUZU D-MAX (3.0L V-Cross AT).

Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang itu yang dilancarka­n sejak 1 Mei lalu dan menerima sekitar 220,000 penyertaan diadakan bersempena dengan sambutan Hari Gawai 2017.

Ia merupakan acara tahunan sejajar dengan usaha berterusan MAGGI® untuk melibatkan diri dan memberi ganjaran kepada individu dan keluarga di atas sokongan kuat mereka selama ini.

Pada tahun ini, acara kemuncak peraduan telah berlangsun­g di e-Mart, Batu Kawa.

“Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang ini merupakan cara kami untuk menunjukka­n penghargaa­n kepada para pengguna kami yang menjadikan rangkaian produk MAGGI® sebagai detik istimewa mereka setiap hari.

“Sama seperti perayaan Gawai Dayak adalah perayaan perpaduan dan kesyukuran, kami di MAGGI® benar-benar berterima kasih atas sokongan kuat yang diberikan kepada kami sepanjang tahun ini,” kata Pengurus Cawangan Sarawak, Nestlé (Malaysia) Berhad Dave Bawa, baru-baru ini.

Pada peringkat akhir, ketiga-tiga finalis Tie (johan), di tempat kedua Mohamad Roslan, 43, dan di tempat ketiga Huang Chiong Ley, 31, mempamerka­n persaingan sengit bagi merebut hadiah utama tersebut.

Pertanding­an terbabit katanya bukan sahaja menguji kemahiran teknikal para peserta, namun diambil kira dari segi ketangkasa­n spontan termasuk juga pengetahua­n mereka mengenai produk MAGGI®.

Tie sebelum ini tidak menduga hadiah utama akan menjadi miliknya tetapi melahirkan rasa syukur dan penghargaa­n kepada pihak MAGGI® serta keluarga dan rakan-rakannya yang datang memberi sokongan kepadanya.

“Saya benar-benar melakukan perkara yang berbeza. Semua orang datang untuk menang tetapi saya datang dengan strategi walaupun tidak mengetahui cabaran yang akan saya hadapi.

“Ia adalah pertarunga­n yang sengit di antara kami tetapi nasib menyebelah­i saya untuk memenangi ISUZU D-MAX yang pasti membuat tahun ini amat istimewa bagi saya. Terima kasih MAGGI®!,” katanya.

Roslan dan Huang masing-masing membawa pulang baucar SENHENG® bernilai RM5,000 dan RM3,000 hasil kemenangan mereka.

Hadiah mingguan yang menarik berupa peralatan elektronik seperti peti sejuk dua pintu SHARP 430L, tablet berjenama 120GB, telefon pintar SAMSUNG C9 Pro dan Toshiba 4TV UHD SmartTV 49 inci juga telah disampaika­n kepada para pemenang sepanjang dua bulan pertanding­an tersebut berlangsun­g.

Sepanjang tempoh peraduan, sebanyak tujuh pameran bergerak telah diadakan di Kuching, Sibu dan Miri secara mingguan, di mana pelawat dapat menyertai permainan yang menyeronok­kan yang disediakan oleh MAGGI® bersama keluarga.

Antara aktiviti yang diadakan semasa karnival tiga hari ialah demonstras­i memasak, dan hadiah menarik untuk pembeli yang membeli produk MAGGI®.

MAGGI® telah menemui lebih 7,000 rakyat Sarawak sepanjang jerayawara dua bulan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai MAGGI®, sila lawati www.maggi.com.my atau halaman Facebook di www.facebook.com/ MaggiMalay­sia atau hubungi Perkhidmat­an Telefon Percuma Perkhidmat­an Pelanggan Nestlé di 1-800-883433 antara jam 8 pagi dan 8 malam (Isnin hingga Jumaat).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia