Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli keluarga Terudin dari Sarawak, Sabah, Brunei

- Oleh Mastura Ismail

SYAWAL lepas menjadi kenangan paling manis ahli keluarga keturunan Terudin dari Limbang apabila 100 ahli keluarga itu dari Sabah (Beaufort/Kota Kinabalu) dan Negara Brunei Darussalam berhimpun bersama selepas lama tidak berjumpa dan mendengar khabar.

Pertemuan penuh makna itu diadakan di Kampung Binjai dekat Limbang.

Pengerusi bersama pertemuan itu Bini Terudin berkata kehadiran ahli keluarga dari jauh terutama dari Beaufort dan Kota Kinabalu Sabah menunjukka­n keutuhan silaturahi­m dan hubungan rapat dalam keluarga besar itu.

Katanya pertemuan itu bukan saja merapatkan lagi hubungan yang ada, tetapi memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali ahli keluarga yang jauh dan jarang bertemu.

Wakil ahli keluarga keturunan Terudin dari Sabah Yunos Rajah, berkata program sama akan diadakan tahun hadapan di Beaufort Sabah.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Abdullah Kassim memberitah­u satu lagi program telah dirancang untuk ahli keluarga keturunan Terudin yang akan menghimpun­kan keluarga dari Kuching dan Saratok selain daripada keluarga dari Sabah dan Brunei Darussalam.

Pada majlis itu satu kutipan derma telah dilancarka­n untuk mangsa kebakaran rumah Penghulu Ahmad Bini baru-baru ini.

Sebanyak RM926.45 berjaya dikutip atas dasar keprihatin­an ahli keluarga terbabit.

Menyusuri salasilah keturunan Terudin ini bermula apabila beliau yang berasal dari Limbang telah berkahwin dan mempunyai empat anak.

Anak-anak beliau telah berkahwin dengan pasangan dari Sabah (Beaufort), Kuching dan Brunei dan kebanyakan cucu dan cicit mereka tinggal di Sabah, Sarawak dan Brunei.

Menyedari senario itu maka generasi ketiga dan keempat berusaha untuk menyatukan semula keluarga besar ini agar ikatan kekeluarga­an ini akan kekal hingga ke generasi akan datang.

 ??  ?? JOHAN: Tie (kiri) bersama insan tersayang bergambar di hadapan ISUZU D-MAX yang dimenangin­ya KENANGAN: Para pemenang bergambar bersama penganjur Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang.
JOHAN: Tie (kiri) bersama insan tersayang bergambar di hadapan ISUZU D-MAX yang dimenangin­ya KENANGAN: Para pemenang bergambar bersama penganjur Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang.
 ??  ?? BERMAKNA: Ahli keluarga keturunan Terudin dari Sabah, Sarawak dan Brunei berhimpun bersama. SAAT MANIS: Keluarga yang datang bergambar bersama. KELUARGA RAPAT: Golongan muda dan tua bergambar bersama.
BERMAKNA: Ahli keluarga keturunan Terudin dari Sabah, Sarawak dan Brunei berhimpun bersama. SAAT MANIS: Keluarga yang datang bergambar bersama. KELUARGA RAPAT: Golongan muda dan tua bergambar bersama.
 ??  ?? BERUCAP: Dave berucap sebelum merasmikan Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang.
BERUCAP: Dave berucap sebelum merasmikan Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang.
 ??  ?? PRIHATIN: Ahmad (kanan) menerima derma daripada ahli keluarga keturunan Terudin.
PRIHATIN: Ahmad (kanan) menerima derma daripada ahli keluarga keturunan Terudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia