Utusan Borneo (Sarawak)

HAUS KCH anjur Timbre Session 4, hujung minggu ini

-

KUCHING: HAUS KCH, iaitu hab komuniti kreatif tempatan, akan menganjurk­an pameran muzik selama dua hari bertajuk ‘Timbre Sessions 4’, bermula 8 malam pada Sabtu dan Ahad ini.

Timbre Sessions adalah platform baru untuk mendedahka­n bakat-bakat setempat untuk membantu pertumbuha­n industri muzik tempatan. Acara itu adalah anjuran kolektif muzik HAUS KCH, Timbre.

Timbre, kolektif anak muda dari latar belakang yang berbeza-beza, dipimpin oleh jurutera bunyi Oliver Josiah Tiong dan Farouk Kamil, zoologi Serene Davies, dan Syed Ashraf Al Edruce yang mengetuai dua kumpulan tempatan yang terkenal: Meruked dan South China Sea.

Timbre telah menubuhkan HAUS KCH, yang merupakan sebuah ruang muzik komunal yang secara idealnya, dapat menampung pemain muda dan tua dari arena muzik tempatan.

Ashraf, graduan seni bina Lim Kok Wing yang berusia 24 tahun memberitah­u, Timbre Session bertujuan untuk memperjuan­gkan bakat yang kurang pendedahan dalam suasana muzik tempatan.

“Di samping mendedahka­n Kuching dengan niat Timbre untuk memulakan senario muzik tempatan di sini – kerana terdapat ramai artis kurang bernasib baik yang layak mendapat pengiktira­fan – kami mahu melancarka­n ruang persembaha­n dan latihan yang baru diubah suai bagi menampung 80 orang dengan selesa,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Acara yang akan diadakan di tingkat atas HAUS KCH dengan yuran masuk RM20, akan menampilka­n tujuh aksi kumpulan akustik tempatan yang akan mempamerka­n spektrum genre moden yang luas termasuk, pop, indie, folk, hip hop dan acapella.

Tiket itu akan memberi akses sepanjang malam kepada acara berkenaan, satu set cheesy wedges dari Sanjuro Cafe dan satu tin minuman.

HAUS KCH terletak di Lot 216, Block 226, Jalan Capital Garden. Lokasi sebenar boleh ditemui di laman Facebook https://www.facebook. com/hauskch/ dan untuk keterangan lanjut mengenai Timbre dan artis-artis dikemukaka­n, ikuti laman Facebook https://www.facebook. com/TimbreatHA­US/

 ?? — Gambar AFP ?? ANGGUN: Aktres Hollywood yang berasal dari Australia Nicole Kidman ditemubual oleh jurnalis sebelum tayangan perdana filem ‘Top of the Lake: China Girl’ di Sydney, Australia pada 1 Ogos lepas.
— Gambar AFP ANGGUN: Aktres Hollywood yang berasal dari Australia Nicole Kidman ditemubual oleh jurnalis sebelum tayangan perdana filem ‘Top of the Lake: China Girl’ di Sydney, Australia pada 1 Ogos lepas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SOKONG INDUSTRI TEMPATAN: Timbre Session 4 akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.
SOKONG INDUSTRI TEMPATAN: Timbre Session 4 akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia