Utusan Borneo (Sarawak)

Menarik di PAWAGAM

-

Judul: The Dark Tower Bahasa: Inggeris Klasifikas­i: P13 Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2017 Genre: Fantasi / Seram / Fiksyen Sains Durasi: 1 Jam 35 Minit Pengedar: Sony Pictures Entertainm­ent Pelakon: Idris Elba, Matthew McConaughe­y, Tom Taylor, Jackie Earle Haley, Katheryn Winnick Pengarah: Nikolaj Arcel Format: 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX

Sipnosis ~ Selepas mendapat tahu mengenai dimensi lain yang dipanggil Mid-World, seorang budak lelaki berusia 11 tahun bernama Jake Chambers telah pergi ke dimensi tersebut. Dia kemudian bertemu dengan seorang pahlawan, Roland Deschain, dan menyertain­ya dalam misi mencari `Dark Tower` yang berada di Hujung Dunia. Deschain berharap dapat sampai ke `Dark Tower` itu supaya dia dapat menghalang dunia yang sedang nazak daripada musnah, tetapi pengembara­an mereka tidak mudah kerana mereka perlu berdepan pelbagai jenis raksasa dan juga seorang ahli sihir bernama Walter Padick. Judul: Surat Kecil Untuk Tuhan Bahasa: Indonesia Klasifikas­i: P13 Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2017 Genre: Drama Durasi: 2 Jam Pengedar: GSC Movies Pelakon: Bunga Citra Lestari, Joe Taslim, Izzati Khanza, Bima Azriel Pengarah: Fajar Bustomi Format: 2D

Sipnosis ~ Ia sebuah naskhah menyentuh perasaan yang berkisarka­n tentang dua beradik yatim piatu bernama Anton dan Angel. Mereka telah diperangka­p oleh sindiket yang memaksa mereka untuk mengemis di jalanan. Satu hari Angel telah mengalami kemalangan, ini merupakan titik perpisahan­nya dengan Anton kerana Angel kemudian diambil sebagai anak angkat. Selepas 15 tahun berada di Sydney, Australia, Angel telah berjaya menjadi seorang peguam. Dia kemudian bertemu dengan seorang lelaki bernama Martin dan bakal berkahwin. Namun fikirannya mula teringat kepada Anton dan dia mengambil keputusan untuk pulang ke Jakarta untuk mencari abangnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia