Utusan Borneo (Sarawak)

100 penduduk berhimpun secara aman mohon penyelesai­an isu tanah

-

TUNGKU: Hampir 100 penduduk kampung yang terlibat dalam Koperasi Pembanguna­n Tanah Telisai Berhad berkumpul secara aman bagi menarik perhatian pihak yang berkenaan menyelesai­kan isu pemilikan tanah seluas 318.8 ekar.

Pengerusi koperasi itu, Ab Rashid Amsani berkata dilema orang kampung bermula apabila beliau menerima perintah mahkamah pada 29 Jun 2017.

Dalam surat itu, mereka diarahkan keluar dari tanah yang mereka usahakan dengan tanaman sawit.

Menurutnya, tidak lama selepas itu wakil sebuah syarikat telah cuba memasuki kawasan tanah itu dengan hasrat ingin membuat tinjauan tugasan baharunya di ladang itu.

Katanya, kedatangan pekerja syarikat itu diketahui Ketua Kampung Mohammed Nuron dan beliau secara bersyarat membenarka­n mereka memasuki kawasan itu.

“Saya amat terkejut dengan kejadian ini kerana sejak menggalas amanah pengerusi koperasi mulai 27 Jun 2012, saya mahu memastikan ahli koperasi ini mendapat manfaat hasil tanah yang diwarisi daripada nenek moyang kami.

“Kejadian ini umpama kami bangun waktu pagi tiba-tiba mata pencarian rezeki kami, rumah kami hilang dan diusir pergi,” katanya ketika ditemui di pekarangan pejabat koperasi itu, di sini pada Isnin.

Rashid bersama orang kampung telah berjumpa dan berbincang dengan dua wakil syarikat, namun penduduk tidak berpuas hati.

Katanya, pada pertemuan itu wakil syarikat meminta penjelasan berkaitan larangan ke atas penduduk kampung yang tidak membenarka­n mereka masuk ke kawasan tanah yang secara sah menjadi milik syarikat.

“Setelah menjelaska­n keadaan yang kami alami, keputusan dicapai apabila pihak syarikat itu bersetuju dengan permintaan orang kampung agar tidak memasuki kawasan tanah mereka.

“Mereka bersetuju untuk tidak memasuki tanah milik koperasi bagi memenuhi permintaan orang kampung yang mahukan pihak yang berkenaan terutamany­a Su- ruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalanka­n siasatan,” katanya.

Beliau menjelaska­n pada 2002, pemilik-pemilik tanah koperasi telah membuat bantahan kepada Suruhanjay­a Koperasi Malaysia ( SKM) apabila mengetahui tanah mereka telah dijual tanpa sebarang persetujua­n.

Bantahan juga dibuat kepada Tribunal Koperasi dengan mempertika­i mesyuarat agung koperasi dan hasilnya tribunal mengesahka­n mesyuarat batal dan tidak sah serta transaksi penjualan tanah tidak dibenarkan.

Pengarah SKM pada masa itu juga telah mengarah untuk menghentik­an segala urus niaga penjualan tanah kepada pihak pembeli.

Pada 2015, sekali lagi bantahan dan aduan dibuat apabila mendapati pihak pembeli pertama bertindak membuat jualan kepada pembeli kedua walaupun pada ketika itu geran tanah koperasi telah diambil pihak berkenaan untuk tujuan siasatan selanjutny­a.

Pada tahun yang sama, kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi dan keputusan memi- hak kepada koperasi.

“Keputusan itu melegakan kami namun pada 2017, Mahkamah Rayuan pula te- lah memutuskan urus niaga penjualan tanah koperasi ini sah,” katanya.

Beliau amat berharap pihak yang berkenaan tampil untuk menyelesai­kan pertikaian itu kerana tidak mahu tanah maruah anak bangsa di Kam- pung Telisai tergadai.

Koperasi itu yang ditubuhkan sejak 1965 dianggotai 74 orang.

 ??  ?? PERTAHAN HAK: Penduduk kampung menterjema­hkan rayuan mereka di atas kad manila.
PERTAHAN HAK: Penduduk kampung menterjema­hkan rayuan mereka di atas kad manila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia